SUKA ENTRY DI SINI???

Tuesday, December 2, 2014

~Berjaya Memandu Ke Port Dickson~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Entri ini adalah sambungan daripada entri malam tadi yang aku tulis. Entri INI. Entri berkaitan pengalaman aku memandu sendiri ke PD bersama anak-anak selasa minggu lepas. Waktu tu pelbagai rasa yang datang menghantui diri. Teruja, risau, takut, bimbang dan macam-macam lagi. Perasaan yang bercampur aduk. Kebimbangan yang begitu tinggi melangit sampai mengundang kesakitan pada perut. Memulas-mulas. Hah gitu sekali aku ye. Darah gemuruh. Ingatkan dah tua-tua begini hilang sudah penyakit tu.

Cadangan untuk ke PD tidak aku usulkan pada emak. Nanti emak pula yang berjangkit penyakit aku. Nanti kerisauan emak lagi berlebih-lebih daripada aku. Pagi tu aku pergi kerja seperti biasa. Sebaik sahaja nampak kelibat Kak Nisah, aku usulkan niat mahu ke PD. Jawapannya daripada positif. Senang katanya. Beritahu pada Mira, positif juga. Kalau kita mendapat kata-kata semangat mesti hilang sedikit perasaan takut tu.

Jadi, aku minta Kak Nisah lukiskan peta. Walhal kat rumah ada je garmin. Ah, waktu itu sel-sel otak tidak dapat berhubung dengan sempurna. Aku fikir hanya melukis peta sahaja. Malas nak guna GPS. Bukan reti guna pun. Selalu guna pun bila dengan asben. 

Inilah hasil lukisan peta oleh kawanku Kak Nisah. Sebaik sahaja kertas ini bertukar tangan, kejap-kejap aku belek. Memang buat kerja pun tak senang. Cadang nak bertolak selepas aku balik dari kerja tetapi bila fikir balik sekarang musim hujan, aku minta kebenaran pulang awal. Asben pula, kejap-kejap whatsapp tanya jam berapa nak sampai? Stress pula. Balik rumah kemas-kemas beg dan terus jemput anak-anak di rumah emak. 

Selesai semuanya, aku bertolak dari rumah emak jam 3.30 petang. Tawakal sahaja waktu itu. Hanya berpandukan sekeping kertas. Anak-anak sudah aku pesan supaya duduk diam. Ammar pula aku umpankan ipad. Adriana pula aku minta dia tengokkan jalan. Nasiblah anak-anak mendengar kata waktu itu. Aku memandu dalam keadaan yang tidak stress. Hahaha...

Alhamdulillah, aku sampai ke destinasi iaitu Hotel Avillion Admiral Cove lebih kurang jam 5.00 petang. Hebat tak? Pencapaian yang terhebat buat diri sendiri. Sepanjang memandu inilah perjalanan yang paling jauh pernah aku sampai. Peta yang Kak Nisah lukis sangat-sangat friendly. Memang tak sesat pun. Bagus sungguh pelukis peta ni.

Sebaik sahaja terlihat wajah asben, terus hilang segala rasa sakit. Begitulah kisahnya. Nanti bersambung lagi dengan entri percutian yang tidak dirancang selama dua hari. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,






                                                                                                                       

3 comments:

ayu Ismail said...

alhamdulilah..dah berani tu....fida lalu masjid tanahlah ya...hehe

ayu Ismail said...

alhamdulilah..dah berani tu....fida lalu masjid tanahlah ya...hehe

hanisah mat azit said...

sampai juga akhirnya kan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart