SUKA ENTRY DI SINI???

Monday, December 8, 2014

~Menghadiri Majlis Perasmian Menangani Keganasan Terhadap Wanita~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat tengahari semua. Hampir waktu makan tengahari. Tajuk entri kali ini, panjangnya bukan main. Itu pun sudah dipendekkan agar tidak menjadi tajuk yang berjela-jela. Selasa lepas, sebelah petangnya, aku menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita Peringkat Negeri Melaka. #StopVAW

Perasmian itu diadakan di Mahkota Parade. Agak jauh juga dari pejabat. Dari Ayer Keroh mahu ke Banda Hilir. Jam 1.00 tengahari aku tinggalkan pejabat. Hati melonjak-lonjak nak ke majlis perasmian tersebut. Dapat pula pergi bersama blogger Mira Mokhtar.

Jam 2.00 petang sampai MP. Parkir bersebelahan dengan Mahkota Parade. Mari tengok gambar sekitar majlis.

Sampai aje daftar dulu. Ini banting yang ada di meja pendaftaran.

Dalam 3.30 petang, isteri Ketua Menteri tiba dan memberikan ucapan serta merasmikan majlis tersebut.

Bila sudah ramai-ramai, haruslah bergambar. Dari kiri Mira Mokhtar, aku dan Zaleha.

Lagi rakan pejabat yang turut menghadiri majlis tersebut.

Minta tolong orang amikkan gambar kami.

Gambar berdua dengan Mira Mokhtar haruslah ada.

Baru sahaja mahu melangkah pulang, tiba-tiba pengacara majlis mengumumkan sesuatu yang menghentikan langkah aku dan Mira Mokhtar. Artis Fynn Jamal adalah pulak. Tunggulah hingga habis juga dan lagu terakhir yang dinyanyikan oleh Fynn Jamal adalah Arjuna Beta.

Beg goodies yang diberikan.

Inilah isi di dalam beg oren tadi. Itu sahaja ceritanya. Memang sangat menyeronokkan hari itu. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,






                                                                                                                      

2 comments:

AMIIZAA said...

salams fida, seronoknyaaaa....

ayu Ismail said...

oohhh..fyn ke mahkota sebab ni..akak bc status fb akak..masa tu akak kat jusco..memang terasa nak tgk fyn tapi x larat lak nak ke sana....satu keluarga minat lagu arjuna beta..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart