Friday, December 19, 2014

~Malam Apresiasi JKMN Melaka~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi. Salam jumaat pada semua. Bertemu kembali di alam maya ini. Beberapa hari tidak menitipkan sesuatu di sini. Kekangan masa. Masa sangat mencemburui aku untuk menulis. Lagipun sekarang sudah bergiat kembali berbisnes online.

Nak cerita jumaat lepas, jabatan aku adakan majlis makan malam. Malam apresiasi yang bertema glitz dan glamour. Pada mulanya aku tak bercadang nak menghadiri majlis tersebut. Tapi entah macam mana boleh berubah fikiran. Mahu merasa sekali.

Majlis tersebut diadakan di Kings Green Hotel. Sudahlah pertama kali mahu menghadiri majlis begitu, sebelum pergi datang dugaan kereta tidak boleh hidup. Bateri kereta kong.Dah siap bagai semua. Berposak masa tu.

Akhirnya aku tiba dengan selamatnya. Mira Mokhtar jemput aku di rumah mak.

Mendengar ucapan daripada YB.

Mira Mokhtar dan Hawa.

Gambar mereka lagi.

Waktu ini penyampaian cenderahati untuk pegawai yang bertukar keluar jabatan.

Mira, Zaleha dan aku.

Seperti biasa bergambar berdua dengan Mira Mokhtar mestilah ada.

Kemudian bergambar beramai-ramai di luar dewan. Bolehlah untuk aku yang pertama kali pergi. Itu sahaja yang termampu untuk menglamerkan diri. Majlis selesai lewat hampir jam 12.00 malam. Itu sahaja kisahnya. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,







                                                                                                       

1 comment:

AMIIZAA@Mieja said...

bestnya siap ada belon2 lagi...