Tuesday, May 1, 2012

~Cuti Hari Pekerja~

Entry hari ini mengenai kisah hari ini hari cuti sempena Hari Pekerja.  Macam biasalah dapatlah berehat-rehat di rumah bersama anak-anak.  Tapi masih bekerja di rumah walaupun hari cuti yea.  Tak dapatler nak bergoyang kaki sangat pun.  hehe..Kenalah masak jugak untuk asben dan anak-anak.  Kalau mama cuti masak, ada masing-masing kebulur. :D

So, hari ini masakler special sikit.  Tidakler special sangat pun.  Yang tak bestnya asben aku keje.  Orang lain cuti dia keje pulak.  Tak apalah demi mencari rezeki untuk kami semua terpaksalah akur.  So seperti hari-hari biasa kalau cuti aku duduklah bertiga.  Time nak memasak memang haru sikit sebab sekarang ammar dah tak nak tinggal dalam baby coat dia.  Jadinya kenalah angkut semua ke dapur.

Mereka menemani aku di dapur tadi.  Ammar bila dapat makan dan nampak muka mama dia depan mata diamlah dia.  Tudia bukan main seronok lagi.

Diamlah anak-anak sementara mama bersilat nie. :D 

Dan inilah hasil bersilat aku di dapur tadi.  Sotong goreng kunyit.

Tomyam campur.  Simple tomyam.

Ayam goreng madu untuk anak-anak.

Inilah hasil masakan aku untuk hari ini.  Istimewa buat asben dan anak-anak untuk hari pekerja hari ini.  Apa-apa pun Selamat Hari Pekerja buat semua.  Tak dapat nak menulis panjang-panjang sebab ammar sudah bangun nak suap dia makan.  Later ok.







                                                                                               

1 comment:

QA's ~ mamapapa said...

ermm..mcm tula jadi mak nikan..hari2 pn kena keje :(