Pages

Saturday, May 19, 2012

~Melawat Ke Taman Rama-Rama~

Rabu lepas sempena hari guru tadika adriana ada buat lawatan ke Taman Rama-Rama.  Hari tue aku bekerja tapi minta kebenaran untuk keluar sekejap untuk menjengah adriana di sana.  Adriana bertolak dari tadika bersama cikgu-cikgunya.


Dalam pukul 9 pagi, aku dan officemate aku yang kebetulan anaknya satu tadika dengan adriana keluar menuju ke destinasi kami iaitu Taman Rama-rama.  Rasa aku last aku menjejakkan kaki ke Taman Rama-rama masa zaman sekolah jea.  Sejak tue tak pernah lagi ke sana.


Adriana bukan main seronok lagi bila cikgu kata nak ke Taman Rama-rama.  Kat rumah dok nanyi lagu rama-rama.  Aku pun tak ingat lirik dia. :D Jom tengok gambar yang dapat aku amik beberapa keping sebab aku lupa nak cas bateri kamera.

Budak yang excited nak ke Taman Rama-rama.  Bergambar dulu sebelum keluar rumah.

Masa nie dia orang baru sampai jugak.  Aku dan zila pun baru sampai.  Sempat amik gambar dari belakang.  Adriana tak perasan lagi kedatangan aku.

Dia orang sedang mendengar penerangan daripada pekerja di situ.

Adriana yang bertudung kelabu itu.  Dia masih tak tahu mamanya di belakang.


Tadaaa...Adriana sudah perasan mamanya.

Senyum...Nampak aje aku adriana tanya 'ma, kenapa lambat?'

Sudah masuk ke taman rama-rama.  Rama-rama yang berterbangan ke sana-sini.  Masuk aje budak-budak nie menyanyi lagu rama-rama.  Aku ingat lirik akhir lagu tue 'jadi rama-rama yang indah'

Sabrina kelaparan.  Makan nugget yang ibunya bekalkan.

Sabrina dan ibunya.

Kolam ikan yang banyak ikan cantik.

Mama dan adriana.

Sedang menengok buaya.

Tengok burung apa nie?

Adriana pun makan nugget.  Lapar jugak.

Bergambar beramai-ramai.  Adriana bersama kawan-kawannya.

Gambar akhir yang sempat aku amik sebelum kamera aku padam adalah harimau bintang.  Itu jealah gambar yang aku dapat amik sepanjang di Taman Rama-rama.  Jadilah kan daripada tak ada langsung. 

Selepas selesai pusing dalam Taman Rama-rama budak-budak dan juga ibu bapanya dibawa untuk makan.  Kemudian ada game untuk dia orang.  Sudah settle semua aku tengok adriana naik kenderaan untuk pulang dan kami pun pulang ke office semula.










                                                                                                                      

2 comments:

mummY daniSha said...

eh..eh..mcm kenal je hehehee =p

adianiez AIDA said...

hi hi bagus nyer mama nana ni. aida da 3 tahun nurin rombongan, syuhada da 2 kali kot, tak pernah aida follow hi hi hi... biar kan je diorang dgn teacher :)