Friday, May 25, 2012

~My Doter Jadi Flower Girl~


Salam dan morning pada semua.

Hari nie dah hari jumaat.  Baru ada kelapangan nak cerita kisah hari selasa yang lalu.  Mood nak menulis di blog ini agak merundum gara-gara rutin harian aku sudah pun berubah. :  Rutin apakah yang berubah??Nanti-nantilah aku cerita yea.

Oklah, berbalik kepada tajuk di atas, nak cerita pasal siapa lagi kalau bukan kisah doter aku yang sorang tue kan.  Selasa lalu, ada majlis yang diadakan di ofis aku dan adriana dimintak untuk dijadikan sebagai 'flower girl'.  Aku on jealah.  Kang orang kata tak campur pulak kan.  Maknya tak menonjol, biarlah anaknya sesekali menonjol.  Betul tak??Aku nie bukan suka dengan function yang cam gini.  Memang lemah sungguh.  Kat ofis memang muka aku nie dah kena cop.  Hehehe.  Dah tak suka kan.  Takkan nak paksa suka.

Jadinya, inilah cerita adriana menjadi flower girl untuk memberi bunga kepada VIP.  Sorang jea yang adriana kena bagi iaitu VIP perempuan iaitu YB Datuk Hjh Norpipah.  Pagi tue aku masih di ofis dan pukul 12 tengahari baru kuar balik rumah untuk amik adriana.  Konvoi ke rumah mak aku dan kami pegi ke hotel dengan sebuah kereta jea.  Aku tak berani nak drive sendiri ke hotel.  Kang mana pulak nak cari parking.  Maklumlah kan masih amatur. :D

Oklah jom kita tengok gambar-gambar kami.

Inilah flower girlnya.

Sedang menjamu selera.  Tina sedang makan dengan aunty Tinah.  Kebetulan nama mereka berdua tina.  Qistina dan Tinah. :D

Balkhes.  Inilah driver kami hari tue.  Dia dah pro.  Haruslah bawak kami yang masih baru.

Sedang practise untuk memberi bunga.

Besar sungguh bunga itu.  Macam bunga tue lagi besar dari nana.

Inilah function untuk hari tue.

Ketibaan vip.  Adriana sambut kedatangannya.  Mama tengok dari jauh jea.  Gambar nie pun aku suruh si fadli ofismate aku snap.  Aku nak amik tangan dah penuh.  Kiri kanan dengan handbeg.  Mama selalu belakang tabir.  Kahhhhhhh...

Risau jugak waktu nie.  Manalah tahu adriana buat hal.  Sakit-sakit perut mama dibuatnya.  

Bunga sudah diserahkan.

YB pulak nak bagi bunga pada nana.  

Tapi waktu nie nana macam blur jea.  Sebab aku cakap dia kena bagi bunga pada orang.  Tetibe pulak YB nak bagi dia kan.  Mana tak pelik.

Kemudian bergambar.

Nana bergambar dengan YB. 

Settle.  Datuk menuju ke dewan.

Inilah adriana yang pelbagai gaya bila bergambar.

Kami bersantai di sini aje.  Aku nak cepat balik sebenarnya.

Majlis bermula dengan masuknya vip-vip ke dewan.

Akhir sekali, adriana bergambar di luar dewan.  Selepas itu kita orang pun balik.  Aku lagi suka bila nak balik.  Hikhikhik.  Sekian ceritanya.








                                                                                                                  

3 comments:

kasehshapiah said...

wah camnie kita nak ank pempuan lak la...he3..suka tngok pkai gaun .. :))

fazilzura said...

wah beso nye munge tu .. cm samo tingi dgn tukang bwk ..

Azuin Nazry said...

ala tomey2..kalau x weekend dpn adryana najwa pun jd flower girl tp kt adik ipar aku nye adik ipar kawin..tp kensel plak..hihi