Pages

Friday, December 31, 2010

~Menggamit Kenangan 2010~

Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya..2011 bakal menjelang tidak lama lagi..adakah azam tahun ini sudah tercapai kesemuanya??jika belum tercapai kita harus lebih maju ke hadapan..Gagal sekali bukan gagal untuk selama-lamanya...begitu juga dengan aku...apa yang pasti ada kenangan pada tahun 2010 ini.

1) DIRI
  • aku belajar menjadi seorang yang lebih matang
  • aku belajar membesarkan seorang anak dan menimba pelbagai pengalaman dalam membesarkannya
  • belajar menjadi seorang yang penyabar dan cuba untuk menjadi seorang isteri yang patuh dan taat kepada suami
2) KERJAYA
  • aku belajar menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap kerjaya aku
  • cuba memberi komitmen yang terbaik
3) SUAMI
  • mendapat pekerjaan yang lebih baik dan stabil
4) KELUARGA
  • akan ada pertambahan ahli keluarga dalam keluarga kecil kami insyAllah pada bulan Mac 2011
  • kami telah pun membeli rumah sendiri dan bakal diduduki pada awal tahun 2011
5) ANAK
  • adriana membesarkan dengan baik dan sempurna
  • menjadi semakin petah bercakap
6) PERNIAGAAN
  • alhamdulillah adalah keuntungan yang dapat dirasakan dalam aku menjual pelbagai koleksi pakaian kanak-kanak dan bayi
  • cendawan asben aku pun banyak mengeluarkan hasilnya
Semoga apa yang diharap pada tahun 2010 ini telah dicapai malah mendapat lebih daripada apa yang kita ingini..Apa-apa pun azam tahun baru ini untuk :
  • menjadikan diri ke arah yang lebih baik dan positif dalam apa jua situasi yang dilakukan...InsyAllah
SELAMAT TAHUN BARU 2011
daripada kami sekeluarga

Papa+Adriana
Mama+Adriana

"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran,masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa depan jangan terlalu diangan-angankan."

Note>>Bersyukur kita kerana masih merasa nikmat yang diberikan olehNya.

Note 2>>Entry ini diauto published