Friday, May 24, 2019

Kami Berkongsi Rasa Yang Sama

Assalamualaikum.

Salam jumaat.

Sudah 19 Ramadan 1440. Betapa pantasnya masa berlalu. Sudah sampai juzuk mana mengaji? Aku masih dalam proses. Nak kejar masa jika boleh. Janji kita mengaji. Jangan ditunggu masa senggang baru mahu mengaji. Susunlah masa untuk kita isikan dengan aktiviti itu. Aku tak pandai jadi aku ikut apa yang aku rasa. Sudah nak masuk dua bulan aku di perantauan. Sepanjang itu, sudah tiga kali balik ke Melaka.

Kenalah balik juga sebab di sana semuanya ada. Nak menjengah orang tua. Nak menjengah rumah. Jadi kenalah balik kan. Datang sini untuk berubah angin kejap sampai masa kita orang akan pindah ke Melaka semula. InsyaAllah. Doakan ya.

Tempoh hari semasa sedang mengalami fasa down dan kemurungan - duduk jauh murung, duduk dekat murung, aku berbalas whatsapp dengan rakan yang dulunya kerja di JKM juga. Sekarang dia sedang cuti tanpa gaji ikut suaminya. Dulu kami pernah segeng juga. Geng isteri PJJ juga. Mujur kami setaman. Jadi memang senang nak berjumpanya.

Betul orang kata, orang yang mengalami sahaja yang akan faham. Jadi jika ingin berkongsi rasa carilah tempat yang sesuai. Carilah orang yang boleh merasainya apa yang kita rasa. Bukan apa, ada sesetengah orang yang tidak mengalami tidak akan faham. Mereka lebih gemar menjadi pembaris dengan mengondem apa yang kita rasa.

Sudahlah hati terperuk dengan keadaan ditambah lagi dengan kata-kata orang yang tidak bertimbang rasa. Ini boleh menjerumuskan kita dalam ruang kesedihan yang mendalam. Elakkanlah dengan orang negatif yang akan memberi kesan negatif juga pada kita.

Siapa yang tak sedih kan. Masa aku berbalas whatsapp dengan kawan aku ini, bergenang air mata. Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati ini waktu itu. Tak apa, insyaAllah semuanya akan beransur baik. Baru-baru lagi kan semuanya serba tak kena. Ada masa hati merintih.

'Nak balik Melaka.'

Buat sahabat di sana, semoga kita tabah dan kuat dalam menjalani kehidupan ini. Ada masanya kita kena melepaskan benda yang kita suka atau sayang. InsyaAllah, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik dan manis. Aamiin.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

as samsudin said...

Sabarlah Fyda... di sebalik kepahitan ada kemanisan...