Saturday, May 11, 2019

Taklimat UPKK Dan Kem Kepimpinan

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Memandangkan entri ini sudah ada dalam draf berkurun lama, aku coretkan di sini juga. Cerita ini sebelum kami berpindah ke Johor. Waktu ini Adriana ada taklimat UPKK dan juga pada hari yang sama dia perlu menghadiri kem kepimpinan.

Rezeki dia tahun ini jadi Pengawas 3K di sekolah pagi kemudian jadi Penolong Ketua Kelas di sekolah petang. Dia seronok memegang jawatan-jawatan itu. Aku tumpang seronok sebab aku dulu tak merasa nak memegang jawatan sebegitu. Jadi bila anak dapat sedikit sebanyak aku seronok.

Namun, adakalanya perkara yang kita suka tidak selamanya menjadi milik kita. Adakalanya perlu dilepaskan walaupun dengan berat hati. Adriana sedih.

"Ma, tahun ini Nana baru nak merasa jadi pengawas dah kena pindah. Nana terpilih masuk sukan kat sekolah." Dia meluah rasa.

Aku jawab, "Rezeki Nana sampai situ saja untuk merasa. Tak apalah. Sekurang-kurangnya Nana dah merasa."

Aku tahu dia sedih.
Aku tengok pun aku sedih.

Pagi sabtu sebelum kami ke ILP Bukit Katil untuk menghadiri taklimat UPKK. Tahun ini dia bakal menduduki UPKK. Ada juga ceritanya.

"Ma, Nana nak amik UPKK kat Melaka."

Aku hanya mampu memujuk dia dengan kata-kata sahaja walaupun diri sendiri tidak kuat sebenarnya. Bila kita sudah set dalam kepala yang kita orang tidak akan ke mana-mana, tiba-tiba kena tukar memang berat sangat rasanya.

   
Aku pergi taklimat UPKK dengan jiran aku. Kebetulan masa itu suami aku tak balik Melaka.


Ada dua orang Qayyum dalam gambar ini. Anak aku dengan yang depan.

Waktu ini dapatlah sebungkus nasi lemak selepas taklimat. Usai taklimat, hantar Adriana ke sekolah agamanya untuk ke Kem Kepimpinan di Jasin.

Kawan-kawan Adriana.

Semua sudah mahu beratur untuk menaiki bas.

Sebelum naik bas, aku suruh dia bergambar dengan kawan-kawannya.














Itulah semuanya gambar-gambar yang sempat aku ambil sebelum mereka bertolak. Adriana tak aku bekalkan telefon tangan pun. Ada sorang kawannya yang bawa. Kawannya yang tukang khabarkan perihal di sana. Begitulah kenangan sebelum berpindah.

Tak ada rezeki Adriana mahu menduduki UPKK bersama kawan-kawannya di Melaka. Tak mengapalah, nak.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: