Tuesday, March 7, 2017

Belum Tentu Orang Ingat Kita

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa.

Bismillah.

Dalam kehidupan ini, kita akan berjumpa dengan kelompok orang manusia yang bermacam ragam dan peel. Begitu juga dengan diri kita sendiri. Adakalanya kita sendiri susah nak faham dengan perasaan sendiri. Kejap berubah angin. Ada masa mood elok, hati akan berbunga-bunga kembang setaman. Bila datang mood tidak baik, janganlah cuba-cuba menambah gelojak yang sedang menghantui diri.

'Seorang teman ada dibalik wajah-wajah yang asing.' - Maya Angelou

Kadang-kadang dalam hidup ini, kita terlalu fikirkan tentang orang lain. Betul. Itu adalah perkara yang sangat mulia apabila kita memikirkan hal orang. Memikirkan hal orang bukan menjadi penyibuk hal orang. Konsepnya berbeza.

Apabila kita memikirkan hal orang, kita belajar untuk tidak menjadi seorang yang pentingkan diri. Tetapi bila kita asyik fikir tentang orang lain, itu namanya membunuh diri. Biarlah kita belajar dan melatih hati kita agar bersederhana saja.

Bukan apa, kelak kita juga yang akan terasa hati dan makan hati. Biarlah apa yang kita lakukan seiring dengan keikhlasan dalam diri. Hanya Yang Maha Esa saja yang tahu sejauh mana keikhlasan kita itu. Manusia tidak boleh mengukurnya sendiri.

Aku pernah dengar luahan seseorang tentang kawannya.

Ceritanya, kalau dia bawa bekal pergi kerja, dia mesti bawa lebih. Niatnya mahu berkongsi dengan kawan-kawannya. Tapi sedihnya, bila salah seorang kawannya bila bawa bekal dia akan sorok dan makan diam-diam. Maksudnya dia tidak mahu berkongsi tetapi bila makanan orang dia mengendeng. Gitulah kisahnya. Yelah, mungkin dia terasa. Sesiapa pun pasti akan terasa.

Kalau aku pun rasanya akan terasa. Iye ke? Korang terasa tak?

Tapi bila fikir balik, biarlah. Buat apa hal remeh begitu kita mahu menjadikan sesuatu beban masalah pada diri kita. Rambut sama hitam, hati kita belum tentu sama. Banyak lagi perkara indah yang boleh mewarnai diri dan hidup kita.

Mungkin ini boleh diklafikasikan sebagai menghargai sesama lain.

Seronok bukan kalau ada orang yang mengingat diri kita dalam setiap waktunya. Memang perkara manis sekali. Namun begitu, bukan semua orang pandai dan tahu menghargai. Itu saja kesimpulannya.

'Keistimewaan dari sebuah kehidupan adalah menjadi dirimu sendiri.' - Joseph Campbell

Secara kesimpulannya, kalau kita ingat tentang orang lain. Belum tentu orang lain akan mengingat kita. Itu semua lumrah kehidupan. Jalani hari-hari kita dengan perkara-perkara indah saja. Perkara-perkara yang menyesakkan dada, seeloknya buanglah dari dalam diri. Jadikan hari-hari kita lebih bermakna.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


2 comments:

Cik Rose said...

Sejujurnya terasa jugak.. tapi, tak apalah.. malas nak fikir banyak.. ambil positif jelah.. biarlah dia dah memang jenis begitu, nak buat macam mana kan.. tapi, tulah, walau kita dah cakap tak nak ambil kisah, hati kita ni tetap fikir. susah dan rumit seorang Rose ni. hikhik.

LYAfrina said...

Setuju sgt dgn entri awk kali ni..kdg2 asyik fikirkan psl org..last2 diri kt sdri tercwdera emosi.. Jd berpada lah.. Lps ni..sblm utamakan org..utamakan diri sdri dlu..