Friday, March 24, 2017

Urusan Semalam

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Salam jumaat. Pagi tadi dikejutkan dengan berita pemergian suami kepada penyanyi Nora iaitu Johan Nawawi. Terkedu seketika. Sakitnya tidak pula didengar. Rupanya beliau meninggal kerana sakit jantung. Betapa sakitnya kehilangan orang tersayang secara tiba-tiba. Allahuakbar. Kalau kita ditempatnya, entahkan kuat atau pun tidak diri ini.

Sebak. Serius air mata sudah mula bertakung di tubir mata saat aku menulis entri ini. Sedih sudah pasti. Mati pun pasti. Giliran kita entah bila pula akan menyusul. Semoga perginya kita dalam keadaan bersedia dan cukup dengan amal ibadah.

Baiklah, lupakan seketika. Doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin. Berbalik kepada tajuk entri. Semalam aku dan suami ada urusan di luar negeri Melaka. Selagi bernafas, urusan dunia memang ada saja yang mahu dilakukan. Semoga sentiasa beringat agar tidak alpa dan terlupa bahawa semua ini datang daripada-Nya.

Semalam, selepas hantar Adriana tuisyen, aku dan suami serta Ammar meneruskan perjalanan ke destinasi. Memang semalam cuti untuk menguruskan urusan itu. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan semalam setelah dua minggu berposak bermain dengan perasaan sendiri.

Setelah selesai semua urusan, barulah singgah makan. Lapar yang amat. Baru selera nak makan lepas selesai semuanya.

Ammar order ABC.

Cendol untuk aku.

Begitulah kisah aku sekeluarga semalam. Alhamdulillah, urusan semalam dipermudahkan. Memang tak dijangka dapat selesaikan semuanya semalam. Rezeki yang datang semuanya daripada Allah Taala. Semoga kehidupan aku sekeluarga sentiasa diberkati Allah. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim