Sunday, March 5, 2017

Aktivti Sabtu Aku Di Rumah

Assalamualaikum...

Salam sehati sejiwa. Bismillah. Hai semua.

Lama tidak menitipkan coretan di sini. Rindu. Serius saya sebenarnya rindu untuk menulis. Malam tadi dapat siapkan cerpen untuk antologi. Kalau bernasib baik, diterima. Alhamdulillah. Menulis dalam keadaan tidak bersedia namun perasaan itu melonjak-lonjak mahu menulis. Begitulah perasaan yang menghantui diri.

Semalam seharian di rumah saja. Menyiapkan kerja yang bermacam-macam. Dari satu kerja ke satu kerja. Nak keluar berjalan pun tidak berkesempatan. Walhal ada perkara yang mahu diselesaikan di luar. Mungkin hari inilah nampak gayanya.

Hari ini masih lagi bekerja di dapur nampaknya. Sebelum ini menulis dulu untuk melepaskan gian. Semalam dalam pada sibuk di dapur, hati terkenangkan cerpen yang mahu dikejar tarikhnya. Dalam pada sibuk di dapur, otak berfikir jalan ceritanya. Mencuba. Kalau tidak dicuba nanti terkilan pula.

Sebelah pagi, suami sediakan sarapan untuk aku dan anak-anak.

Bersama secawan lemon madu.

Kemudian aku sibuk siapkan crust cheesetart.

Sambil masak siaplah lauk makan tengahari. Dapat bayangkan tak aku dah rupa tangan sotong. Kejap ke sini kejapkan ke sana pula. Menjaga oven dan dapur. Hehehe...

Dua buah kotak tempahan yang telah siap. Tunggu untuk diambil saja. Begitulah aktiviti aku seharian semalam. Letih tapi seronok. Kejap lagi mahu sambung masuk dapur semula. Sebelah petang mahu keluar sekejap memandangkan suami cuti hari ini. Itu sahaja sedikit coretan untuk pagi ini. Bersambung lagi dengan entri yang lain. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



No comments: