SUKA ENTRY DI SINI???

Sunday, January 17, 2016

Peminat Drama Melayu

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

17.1.2016

Selamat pagi semua. Semoga pagi ahad ini memberikan kebahagiaan dan keceriaan pada kita semua. Pada yang sedang berduka, diberikan ujian semoga kalian tabah mengharunginya. Setiap apa yang berlaku pasti terselit hikmahnya.

Baiklah, pagi ini tiada apa entri menarik. Cuma mahu berkongsi tentang drama-drama yang sedang aku ikuti setiap episodnya. Biasalah hiburan aku hanya di rumah. Jadi menonton drama adalah salah satu aktiviti aku di rumah. Kadang sambil memasak pikul lah ipad ke dapur. Ulang episod yang tertinggal.

Buat masa ini hanya drama-drama ini sahaja yang aku ikut. Kadang bukan sempat tonton di kaca televisyen. Aku ulang tengok secara online. Gitulah. Tidaklah terlampau addict. Hehehe....

Drama terbaru yang aku suka sebab pelakonnya. Heronya salah satu pelakon yang aku minat. Aku baru beli novel ni semalam.

Drama Alif Imani ni pun best jugak jalan ceritanya. Gandingan pelakon lama dan pelakon baru.

Drama Cik Cinderella dan Encik Tengku. Setiap rabu dan khamis. Kali ini suka tengok heroinnya. Cantik sangat dia dalam drama ni.

Sha dan Shah di Astro Ria. Pada mulanya aku memang tak mengikuti langsung drama ni. Tapi sebab si Mira Mokhtarlah aku ikut sekali terjebak. Itu sahaja drama-drama yang aku tengok setakat ini selain Setulus Janji setiap sabtu dan ahad jam 7.00 malam. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



1 comment:

Roz Mohammad said...

Assalam..
Suami saya sy suka sgt citer Cinta si Wedding Planner tu..time kul 7..kita sibuk nk masuk dpur..dia lak xnak jaga anak sbb nk tgk drama..alahai..

Sy suka citer Cik Cinderalla dan Encik Tengku..suka watak Shukri Yahaya tu..mcm selamba je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart