SUKA ENTRY DI SINI???

Sunday, January 17, 2016

Pagi Sabtu Di Kedai Mamak

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat petang semua. Kembali dengan entri kedua untuk hari ini. Tadi hujan turun membasahi bumi Melaka. Memang terasa bahang. Musim panas kan sekarang ni. Hari ini aku dan anak-anak tak ke mana-mana. Asben sudah kerja. Buatlah apa-apa yang patut kat rumah.

Pagi semalam, kami empat beranak keluar bersarapan. Sekarang ni time hujung minggu kami keluarlah bersarapan. Beberapa hari dok sibuk dengan rutin harian, jadi hujung minggu naklah juga masa santai.

Tanya Adriana nak sarapan kat mana? Dia ata nak makan dekat kedai mamak depan Mydin.  Jadi kami ke Ayoob Bistro aje.

Sepinggan nasi lemak untuk aku. Semalamnya berzumba, esoknya hentam nasi lemak.

Roti telur bawang untuk asben.

Senyum aje cik abang ni.

Anak-anak mintak telur separuh masak.

Cik kak ni pesan telur separuh masak tapi nasi lemak aku dicukainya. Cik kak ni tengah berjinak-jinak mahu memakai tudung. Tak apa perlahan-lahan. Dah cukup masa tak nak pakai tudung mama rotan. Itu selalu dialog aku pada dia. Hehehe...

Sekian dan wassalam.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart