SUKA ENTRY DI SINI???

Monday, January 11, 2016

Hari Kedua Sekolah

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Hari kedua bersekolah aku masih lagi bercuti. Pada mulanya aku nak amik cuti sehari aje tapi mengenangkan si Ammar ni baru masuk tadika baru aku tabah lagi sehari. Nak tengoklah dia macam mana kan. Ammar tu hati kecik. Dari rumah memang bersemangat waja tapi sampai masa lain jadinya. Si adik dengan si kakak lain. Yelah, setakat ini dikira anak bongsu. Hehehe. Itu yang manja berlebih-lebih.

Pagi itu aku dan asben hantar kakak dulu. Turunkan dia seperti biasa didepan dewan sekolah, kemudian cari parkir. Aku turun bersama Ammar dan menuju ke kelas. Bila aku tinggalkan dia di dalam kelas, air mukanya sudah menunjukkan tanda-tanda mahu menangis. Ah, sudah! Hatiku berdetik.

Dan inilah jadilah. Dia menangis. Hai, anak kau buat drama sendu pulak.

Masa ni papa duduk sekali dengan dia. Slow talk bagai.

Makin lama makin kuat pulak tangisnya. Macam-macam babak sampaikan aku kena duduk dengan dia dalam kelas. Alahai Ammar. Akhirnya kami tinggalkan Ammar juga.

Kami keluar cari sarapan. Maknya lapar tapi tak selera nak makan. Teringatkan Ammar masa ni. Asben kata hah anak tu ikut perangai sape?Hahaha..

Lepas makan je, aku kembali ke sekolah. Aku intai dari celah-celah tingkap. Tengok Ammar dah ok. Boleh gelak-gelak lagi dengan kawan. Cikgu ajar pun dia bagi respon. Masa aku sampai sekolahnya parents yang duduk sekitar tu cakap dengan aku. " Anak kau dah ok tu. Dah berlari-lari."

Kemudian lepas selesai Ammar di sekolah dia pun dah balik rumah mak, aku dan asben meneruskan misi mencari mencari basikal untuk anak-anak. Akhirnya kami beli di kedai basikal Batu Berendam. Harganya murah lagi dari kedai pertama kami survey.

Petang tu, sebelum jemput Adriana di tuisyen kami singgah minum petang di Truly Signature. Kedai vendor di Bukit Baru. Selalu dengar pasal milkshake ni hari tu barulah merasa. Bolehlah tahan rasanya tapi tekak aku rasa manis. Sesekali bolehlah.

Aku pula order banana split. Jenuh nak menghabiskan. Aku ni memang tak boleh telan banyak-banyak. Nak sedut milkshake tu je dah rasa sendat perut. Hehehe...Korang yang belum mencuba tu bolehlah mencuba. Lokasinya di Bukit Baru berhadapan dengan Petron. Itu sahaja. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart