Wednesday, February 4, 2015

~Kisah Ayahanda~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang. Baru sudah makan. Hari ini banyak makan. Bukan hari ni je aku rasanya tapi hari-hari. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni nafsu makan tak dapat dibendung. Lapar memanjang. Macam membela pun ada jugak. Hari ini ada officemate masak ubi rebus dengan sambal ikan bilis. Aku ada bawak bekal nasi serta sambal dan sayur. Seperti biasa. Misi berjimat cermat masih lagi diteruskan.

Oklah berbalik pada tajuk, pada 13 Januari yang lepas ayah aku warded di Hospital Jasin sebab 14 Januari ayah aku ada pembedahan untuk masukkan fistula. Untuk pesakit buah pinggang tu. aku tak tahulah apa namanya. Betul ke tidak tapi ada yang sebut begitu. Aku tahu nak buat tapak aje.

Seperti yang sediamaklum, ayah aku kini adalah pesakit buah pinggang dan kini menjalani rawatan dialisis. Melihat keadaan ayah pada mulanya memang meruntun jiwa. Air mata mudah sahaja mengalir. Sejak ayah menjadi pesakit buah pinggang aku memang selalu ambil tahu tentang pesakit tersebut. Apa yang boleh dimakan dan tidak.

Adik whatsapp gambar ni. Masa ayah di hospital untuk melakukan pembedahan adik aku yang tunggu. Masa ni menanti untuk masuk bilik pembedahan. Hati di rumah risau. Mak kejap-kejap tanya aku. Adik ada whatsapp belum.

Dalam jam 2 petang adik whatsapp lagi. Kata ayah sudah ditolah ke bilik pembedahan. Kerisauan hati makin bertambah-tambah.

Alhamdulillah, jam lebih kurang 4.30 petang adik whatsapp beritahu semuanya sudah selesai. Adik hantar gambar ni pada aku. Sedih bukan kepalang. Kesian. Kalau dari awal lagi ayah buat pasti tidak seteruk ini. Masa tu ayah aku tangguh konon nak buat selepas suamiku balik kursus di Sabah. Kemudian terus ayah mendiamkan diri dengan masalah yang datang bertimpa-timpa menyebabkan aku pun terleka.

Semuanya sudah diaturkan olehNya. Semoga semuanya dipermudahkan dan ayah kembali ceria dan sihat seperti dulu. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,



1 comment:

mama eija said...

Asslamualaikum kak fyda... syafakillah utk ayah kak fyda.. eija doakan mudah2 Allah ringankan sakit ayah kak fyda