SUKA ENTRY DI SINI???

Tuesday, February 3, 2015

~Sabtu Kami Di The Shore~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahmalam. Baru berkesempatan nak menulis di blog. Ini pun update guna fon. Memang tak suka update guna fon. Nak menaip dekat skrin menggunakan jari yang tak runcing teramatlah seksa. Sudah beberapa kali typing error.

Oklah, nak cerita sabtu lepas aku sekeluarga ke tempat baru yang ada di Melaka. Pusat membeli-belah yang baru dibuka. "The Shore" namanya. Tak rancang pun ke tempat ni. Masa tu keluar lepas sudah bertungkus lumus mengemas rumah. Kebetulan nak keluar cari hadiah untuk majlis hari lahir anak-anak ustazah tempat nana mengaji. Keluar awal itu yang mengukur jalan.


Ke bunga raya dulu asben nak beli barang.


Ini diluar pusat membeli-belah tu.


Ini bahagian depannya.


Masa ni aku tengah tunggu lif.


Singgah depan oceanarium. Tapi tak masuk pun sebab tak sempat. Lain kali ajelah. Ammar merengek nak tengok ikan katanya.


Bahagian luar oceanarium.


Bagi yang berminat mahu ke The Shore Oceanarium, ini harga tiket untuk dewasa dan kanak-kanak. Tak puas jalan hari tu. Nanti boleh pergi lagi.


Keluar The Shore, asben ajak singgah mamak pekena teh tarik dan roti canai. Walhal malamnya nak ke majlis hari lahir. Lapar katanya. Itu sahaja entri untuk malam ini. Jari sudah penat menaip. Mata pun sudah memberat. Selamat malam! Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,
Fyda Adim

posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart