SUKA ENTRY DI SINI???

Sunday, February 1, 2015

~Kesibukan Di Hujung Minggu~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Selamat datang februari! Moga menjadi bulan yang manis dan ini entri pertama untuk bulan baru. Kekangan masa membataskan untuk aku menitip sesuatu di blog ini.

Bulan februari ada hari penting untuk aku. Ulangtahun kelahiran anakanda aku yang kedua. Siapa lagi kalau bukan si anak teruna. Hujung minggu ini aku memang tersangat sibuk memandangkan aku dan asben bercadang mahu mengadakan kenduri dan juga majlis hari lahir anakanda kami. Itu nanti aku ceritakan kemudian.


Salah satu kesibukan yang melanda diri adalah menyiapkan tempahan cheesetart. Tak menang tangan tapi aku happy! Penat jangan cakaplah.


Sticker sudah diterima. Sekarang tengah sibuk membungkus goodies beg. Itu sahaja dulu entri petang ini. Sekian dan wasssalam.

Aku penulisnya,
Fyda Adim

posted from Bloggeroid

1 comment:

adianiez AIDA said...

wow. birthday boboi ayah ye...
pasti meriah la utk boboi ayah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart