SUKA ENTRY DI SINI???

Tuesday, February 3, 2015

~Makan Tengahari Di Penang Pot Cafe~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Baru sempat nak update blog. Hari ini sejak pagi ada taklimat EKSA. Jadinya memang tak duduk di tempat. Taklimat dekat bilik mesyuarat saja. Ini nak cerita kisah makan tengahari di kedai makan baru. Rasanya kedai ni baru juga dibuka. Kawan aku, Kak Nisah yang ajak ke sini.

Ini kisah makan tengahari dua minggu lepas kalau tak silap. Bukan cerita hari ini ye. Mulanya kita orang nak cuba makan masa Mira Mokhtar belum berhenti kerja. Nasib tak baik masa pergi kedai tu tutup. Pasrah dan kecewa tahap gaban. Aku dah terbayang-bayang mee udang yang bergolek-golek dalam mangkuk. Huhuhu...

Sudahnya aku dengan Kak Nisah sahaja yang pergi. Masa makan ni Mira Mokhtar sudah tidak bekerja. Ajak dia tapi masa tu dia tak sihat. Jadi mari tengok beberapa keping gambar yang sempat aku tangkap.

Aku order bandung cincau.

Tak jadi makan mee udang, aku pilih untuk cuba laksanya. Sedap.

Kak Nisah makan char keow tiau. Orang penang pi makan kedai penang. Mesti dia teruja makan macam ala-ala dekat Penang.

Aku close up sikit gambar makanan Kak Nisah. Katanya sedap.

Sesiapa yang mahu mencuba bolehlah cuba terjah. Aku letakkan sekali nombor untuk dihubungi. Boleh telefon dulu sebelum ke sana. Manalah tahu jikalau kedai tu tutup kan. Jadi tak adalah penat-penat ke sana. Nak-nak kalau masa lapar. Itu sahaja entri yang boleh aku kongsikan untuk tengahari ini. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart