Wednesday, May 23, 2012

~Berbakti Kepada Tanah~

Inilah hobi asben aku sejak kebelakangan ini iaitu menanam pokok-pokok.  Dia cuba berbakti kepada tanah yang sekangkang kera di belakang rumah kami.  Dengan berbekalkan tanah yang sekangkang kera ini dapatlah asben bercucuk tanam.  Jadilah dia hang kebun bila ada masa lapang.  Dia tanam pokok dan tugas aku untuk menyiram bila datang rajin.  Kalau aku yang tanam memang tak jadiler dan tak nampak pun pokoknya.

Sekarang memang asben aku tengah rajin nak bercucuk tanam.  Katanya daripada lalang yang tumbuh baik dia bercucuk tanam.  Setakat nie yang sudah ditanam di belakang rumah sayur sawi, serai, daun kari dan ada lagi tapi aku dah lupa.  Bolehlah kan?Nak guna boleh amik jea kat belakang rumah.  Segar dari ladang. :D

Jom kita tengok apa yang di tanam di tanah yang sekangkang kera belakang rumah kami.  Boleh j

Sebelah pokok bunga tue kalau tak silap pokok cili

Daun pandan.

Ini pokok apa erk??Aku amik jea gambarnya.

Ini kacang botol.

Ini pun aku tak tau.

Ini pokok limau.

Ini pulak daun kari.

Berderet tue pokok-pokok yang ditanam oleh hang kebun aku.  Hikhikhik.

Itu di sebelah sana pulak.

Orang sebelah dah lebat dah pokok serainya.  Inilah tanaman yang ada di belakang rumah kami.  Nanti aku tunjukkan hasil tanaman asben yea.  Patutnya entry nie aku dah post bulan lepas tapi asyik draft jea.  Sampai tanaman pun ada yang sudah menunjukkan hasilnya.  Tunngguuu yea...






                                                                                                                      

5 comments:

[leily.laily] said...

baguih ler tew...
sy ni nama je org pertanian tp malas.. hahahah
mgu lps ada bw blk pokok limau purut, limau nipis, markissa tp blom ditanam lg.. huhuhu

sueada said...

sronoknya bleh brcucuk tanam.
umah saya tepi pntai. xsempat membesar, dh kecut dek air masin.

kasehshapiah said...

pidah,luasnyer belakang umah...corner lot ker????perumahan skrg nie susah nak tngok belakang umah luas..

Anonymous said...

syok nye umah ado tanah .. cm weols lum ado rzeki lg..

adianiez AIDA said...

amboi amboi apen. jd hang kebun ye sejak lama tak jumpa ni. elok la tu fida, ada hasil. pokok pandan, serai, kacang botol, pokok limau, daun kari, pokok pisang... semua tu kalau ada belakang rumah, alamak aii senang nyer.
umah aida belakang ada tanah gak, tanah orang! jiran sebelah menyebelah je rajin tanam-tanam. aida tukang amik jer...