Monday, September 25, 2017

1439H

Assalamualaikum.

Salam sejahtera.

Salam sehati sejiwa.

Diharap semuanya berasa dalam keadaan sihat walafiat. Saya baru berkesempatan untuk menulis. Jiwa memberontak mahu menulis namun keadaan masih belum mengizinkan. Terasa kosong bila tidak menulis sebenarnya. Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan salam tahun baru. Salam Maal Hijrah buat semua walaupun hari ini kita sudah berada hari empat di bulan Muharram.

Apa yang diharapkan tahun baru ini, agar menjadi titik permulaan kita untuk melangkah ke arah yang lebih baik. Apa yang tidak dapat ditunaikan atau masih belum terlaksana, bolehlah diusahakan agar bertemu penghujungnya. Perbaiki diri seadanya. Andai dulu kita terleka dan alpa, harus beringatlah dan berusaha menjadi seseorang yang baik.

Impian saya, semoga sentiasa istiqamah dalam setiap perkara yang saya lakukan dan sentiasa muhasabah diri. Satu perkara, saya mahu belajar memaafkan orang. Iye, saya perlu memaafkan orang yang pernah melukakan hati kecil saya. 

Akhir kata, semoga urusan kita sentiasa dipermudahkan oleh Allah SWT dan tercapai seiring dengan misi dan visi kita sendiri. Aamin. InsyaAllah. Mudah-mudahanlahkan. Saya menunggu perkhabaran sesuatu sebenarnya hari ini. Entah nasib menyebelahi saya atau tidak. Saya serahkan semuanya pada Allah. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


3 comments:

Warisan Petani said...

Salam maal hijrah 1439

paridah said...

SALAM MAAL HIJRAH FYDA MOGA SEMAKIN MNGHASILKAN KARYA

SalbiahM said...

Salam maal hijrah