Monday, September 18, 2017

Pengisian Sabtu

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Rindu betul dengan blog. Bukan tak mahu untuk menulis blog ini tetapi bila saya mula berada depan komputer, saya buntu. Walhal entri banyak yang tertangguh. Cerpen pun sudah lama saya berhenti menulis. Sejak ketua editor merangkap pencetus semangat tidak sihat, sama-sama menular tidak sihatnya dalam diri. Waktu ini sedang mencari dan mengumpul semangat semula. Nampak gaya macam ada yang saya tak dapat memenuhi tarikh tutupnya. Tengoklah macam mana nanti.

Oh ya, sabtu baru-baru ini saya dapatlah keluar bersama kawan untuk beberapa jam setelah mendapat pelepasan dan keizinan daripada suami. Dia bawa anak-anak balik kampung dan kami berjumpa di Hospital Mahkota untuk melawat adik ipar saya iaitu adik suami.

Sesekali dapat meluangkan masa bersama kawan, seronok juga. Selalu juga saya berjumpa dengan kawan saya ni tetapi selalunya kami mengangkut askar-askar sekali. Memang berbual seiring dengan pakej beraksi. Haha. Kawan sayalah lebih beraksi sebab anak-anaknya masih kecil. Anak-anak saya yang agak besar pun lebih kurang samanya. Cuma saya tak beraksi tapi lebih ke arah testing bersuara. Haha. Faham tak?

Saya keluar selepas suami dan anak-anak keluar. Kawan saya, Adda jemput saya di rumah. Target kami hari itu adalah pengisian perut. Tiba-tiba tekak saya teringin mahu makan Chicken Rice Shop. Jadi kami ke Aeon Bandaraya. Situ banyaklah jugak pilihan tempat makan.

Ye, menu kami hari itu.


Berswafoto bersama Adda. Dia mudah lagi daripada saya.

Kemudian kami ke kedai buku. Siapa lagi yang mahu ke sini kalau bukan saya. Kata Adda, "Ko memang kena pergi kedai buku ye." Haha. Gitulah dialognya.

Saya sempat menangkap sebuah novel dan dua buku kerja untuk dedeq. Mulalah Dak Kakak mengomel, "Mama asyik beli buku untuk adik aje." Amboi, kemain. Buku dia lagi banyak mama belikan tak perasan. Saya abaikan. Saya jawab, "Nanti mama beli untuk Nana pula. Kan ari tu mama belikan untuk Nana. Adik tak komplen pun." Ok makan pujuk. Anak sulung gitulah. Macam saya. Cuma bezanya dia jenis berterus-terang. Maknya suka memendam. Hehe. Itu saja yang membezakan saya dan anak sulung saya.

Kemudian kami membuat tinjauan ke bahagian pakaian wanita. Hah. Dah lama saya tidak membeli jeans. Sejak jeans saya koyak saya jarang nak berjin and tonic. Survey harganya dan kabokan kat laki dengan dialog kesian bagai. Haha. Petang itu saya ulang ke Aeon dari hospital semata-mata nak beli seluar jeans. Kata Adda, "Ko kedekut kak tapi aku pun sama tunggu laki belikan." Sepesen.

Saya sudah lama tak ke bahagian kanak-kanak. Kalau dulu ketika anak-anak kecil dalam umur setahun ke empat tahun memang menggila membeli baju mereka sampaikan almari baju penuh. Akhirnya saya lupa yang baju tu saya pernah beli untuk dia orang. Bila jumpa dalam lipatan yang banyak, baju itu dah tak muat. Pernah jadi tak kat korang?

Berkenan sungguh gaun ini untuk Dak Kakak. Tunjuk gambar ni kat dia. Dia jawab "Nana tak pakai gaun lagilah." Mak ko tetiba insof. Bukan apa, saya nak dia merasa pakai baju sebegini sebelum sampai masanya. Tapi saya tak ada paksaan.

Malamnya, suami minta saya masak. Ye, roti kapit terkepit yang hampir rentung sebab Dak Kakak yang menjaganya sebab mama sibuk bercabonara di atas dapur. Begitulah pengisian sabtu saya. Akan repeat keluar dengan Adda lagi. Kami bercadang mahu jalan-jalan cari makan bila saya mengutarakan hasrat saya mahu mencuba Seoul Garden. Suatu hari nanti. Kena ambil cuti dan keluar berdua sementara anak-anak di sekolah dan di rumah pengasuh. Itulah 'me time' buat kami. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



No comments: