Wednesday, September 6, 2017

Seminar Media Sosial

Assalamualaikum.

Gambar semalam bersama tiga orang rakan sepejabat. Semalam saya menghadiri Seminar Media Sosial. Boleh dikatakan saya salah satu pengguna tegar media sosial. Tersangat tegar mungkin. Instagram, Facebook, Twitter dan juga Blog.

Itu yang saya begitu teruja bila seminar ini diadakan. Rata-rata ada pengguna media sosial yang menyalahgunakan medium ini. Setakat ini saya masih muatnaik gambar yang sepatutnya saja. Mungkin ada juga yang terlepas pandang tapi kebanyakkan kisah saya dan kawan-kawan. Cerita anak-anak jarang sekali.

Sebenarnya, muatnaik gambar anak pun adalah perkara bahaya. Elakkan berkongsi kisah anak-anak di media sosial. Sekolah anak, pergerakkan anak dan sewaktu dengannya. Ini semua boleh mengundang jenayah kanak-kanak. Nauzubillah. Jauhkan perkara buruk daripada anak-anak kita.

Setakat ini, saya memang aktif di Instagram. Kebanyakkan saya berkongsi perihal masakan, buku-buku yang saya baca, koleksi buku-buku yang ada, kisah penulisan saya dan sesekali sahaja saya selitkan gambar keluarga saya.

Kalau di Facebook pula, saya baca menulis status. Kisah anekdot yang berperihal anak-anak. Menghadiri seminar itu semalam, banyak membuka mata saya. Adakalanya kita tak sedar perkara yang kita lakukan itu mengundang bahaya.

Salah satu penceramahnya semalam adalah Kamal Affandi Hashim. Penceramah yang menyegarkan mata saya. Memang saya tidak berkesempatan untuk menguap apa entah lagi mengantuk. Penyampaiannya sangat menarik walaupun santai. Sesekali diselitkan kisah lucu.

Banyak yang disampaikan oleh beliau. Mana yang penipuan duit, penipuan lelaki perempuan, gambar-gambar yang tak elok dan macam-macam lagi. Paling menyedihkan bila mana remaja perempuan zaman sekarang tanpa segan silu menghantar gambar bukan-bukan.

Seperkara lagi, jangan sesekali tulis status besertakan check in. Ini pun adalah satu kesalahan pada diri sendiri. Kita diumpamakan mengundang bahaya pada diri sendiri. Ingat ya kawan-kawan.

Semoga anak-anak kita dilindungi. Pantau setiap aktiviti dan penggunaan gadget anak-anak. Jangan biarkan anak-anak sendiri dengan gadget. Andai mahu didedahkan gadget pada anak-anak, ibu bapa harus bersama-sama dengan anak. Jangan biarkan media sosial merosakkan anak-anak kita. Begitu juga dengan diri kita sendiri.

Boleh guna media sosial tapi haruslah berpada-pada. Jangan jadikan diri sebagai hamba pada arus teknologi yang semakin canggih ini. Semoga apa yang ditulis dalam entri ini bermanfaat buat semua walaupun isinya hanyalah sedikit. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

2 comments:

Cik Rose said...

Oh saudara Kamal Afandi. Suka cara penyampaian beliau. Tapi, tak berkesempatan lagi menghadiri apa-apa seminar. Sekadar mampu tonton di tv/youtube.

kamal fnd hashim said...

Terima kasih di atas kata-kata yang menambah semarak semangat saya untuk memberi yang lebih baik di masa mendatang-kamal fnd hashim