Monday, October 2, 2017

Mencari Aura Rajin

Assalamualaikum.

Selamat malam semuanya.

Bismillah.

Bersiaran di malam hari setelah cuba mencari-cari kerajinan untuk menulis. Entah kenapa saya semakin tidak rajin menulis di blog dan juga penulisan kreatif. Selalunya menulis di muka buku yang berbaur anekdot sahaja.

Sengaja saya guna perkataan tak rajin tu. Haha. Tidaklah nampak negatif sangat bila membacanya. Itu salah satu mendapatkan aura juga. Kalau semuanya negatif memang susahlah kan. Berhenti menulis itu memang tidaklah.

Rindu itu tetap menjalar dalam diri. Belum terlintas mahu berhenti. Mungkin auranya datang bila dua buku antologis saya terbit nanti. Selalunya kan begitu. Bila ada sesuatu yang menerujakan kita pun pasti bersemangat.

Ditambah lagi kawan-kawan grup menulis saya semuanya dalam fasa pemulihan. Masing-masing semuanya sedang berperang dengan perasaan sendiri. Dugaan masing-masing. Sejujurnya, mereka banyak memberi saya semangat dan sumber inspirasi saya dalam menulis. Bila mereka begitu (ada yang ditimpa kesakitan, ditimpa masalah diri) saya turut terjebak jugak.

Nantilah. Saya akan mula kembali. Meneruskan penulisan saya yang dirindui. Saya baru balik dari aktiviti jelajah pulau di Mersing. Seronok sangat. Program Perumahan Kastam Batu Pahat untuk hari keluarga.

Programnya dua hari tapi untuk aktiviti jelajah pulau hanya lima keluarga yang pergi. Memang sangat menarik. Nanti saya kongsikan di sini. Saya baru sahaja alihkan gambar-gambar dari handphone ke komputer. Banyak giler.

Berpinau mata nak memilihnya.

Saya akan review sekali pakej yang kami ambil. Kena cari mood dulu sebab badan tengah tak selesa. Terasa sakit-sakit dan sengal-sengal satu badan. Tangan nak angkat pun sakit.

Teruk benar.

Saya mengadu kat suami. Dia jawab.

"Mulai minggu ni awak kena ikut saya jogging tiap-tiap pagi sabtu."

Uiiii. Ini yang very the lazy.

Sambung lagi.

"Without fail."

Huh.

Kalau dah speaking tu nampaknya memang tegas bunyinya. Menyesal mengadu dengan lelaki tak berjambang ni.

Inilah gayanya bila orang jarang bersenam. Mungkin lepas ni saya kena kerap bersenam. Haha. Itu sudah diperintahkan. Haruslah diikut. Kau berani ingkar?

Tengoklah keadaan kalau rajin.

Sekian dulu entri mengarut saya malam-malam begini. Sambung lagi dengan entri yang lain. Sekian dan wassalam. Oh, ye saya belanja gambar cantik masa jelajah pulau tempoh hari.



Salam pena,
Fyda Adim

2 comments:

Warisan Petani said...

Nak tunggu cerita dan gambar2 gie pulau2 tu.

SalbiahM said...

Ok. Dah tau. Biasalah tu, menulis ni kadang2 kena ada mood. Kalau paksa nanti hasilnya hambar. Semoga kembali rajin ye