Monday, April 3, 2017

Meletakkan Diri Dalam Kasut Orang Lain

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Salam pembuka bicara untuk bulan baru ini. Sekejap sahaja kita sudah berada dalam bulan keempat. Betapa pantasnya masa itu berlalu. Entri ini pula adalah entri pertama untuk bulan ini. Setelah tiga hari berada dalam bulan yang baru, aku baru peroleh kerajinan untuk mengarang di sini. Baru berkesempatan untuk menulis. Bila mood menulis ada tetapi ideanya pula tiada. Bila idea itu datang bergolek-golek tetapi masanya pula tiada. Begitulah kan. Mana mungkin kita akan perolehkan kesempurnaan. 

Sesetengah orang, boleh faham keadaan dan situasi orang lain. Macam mana susahnya orang itu. Macam mana orang itu uruskan dirinya. Macam mana orang itu uruskan anak-anaknya. Macam mana orang itu survive diri dia bulan-bulan. Bukan semua orang boleh faham kesusahan orang lain dan bukan semua orang boleh fikirkan semua itu.

Bila yang faham keadaan kita, rezeki kita peroleh orang yang boleh faham situasi kita. Bersyukurlah bila ditemukan dengan orang sebegitu.

Jumpa orang baik, rezeki.
Jumpa orang yang kurang baik pun rezeki.

Ada masanya, orang tidak boleh nak hadam macam mana kesusahan kita selagi mana dia tidak melalui apa yang orang itu lalui. Mungkin pandang sebelah mata pun tidak. Orang-orang begini mungkin boleh dikategorikan sebagai manusia yang pentingkan diri. Bak kata orang, lepaskan tekak kau aje.

Sebagai contoh, aku tinggal berjauhan dengan suami. Tinggal berjauhan satu hal. Waktu hujung minggu kami tidak sama. Suami, cuti hujung minggunya jumaat dan sabtu. Aku pula cuti hujung minggu sabtu dan ahad.

Bila dihitung, hanya sehari saja dalam seminggu masa untuk kami boleh menghabiskan masa bersama. Hanya sabtu. Selebihnya urusan masing-masing. Aku uruskan anak-anak sendiri. Aku ke sana ke sini sendiri. Kebanyakkannya aku uruskan diri sendiri termasuk anak-anak.

Ada orang yang faham situasi ini, dia boleh faham dan hadamkan macam mana aku survive sendiri dan anak-anak. Alhamdulillah, setakat ini aku masih boleh menguruskannya. Nasiblah aku tinggal berdekatan dengan mak ayah serta adik aku. Sedikit sebanyak mereka membantu aku. 

Selagi aku boleh menguruskan sendiri, aku akan buat. Bukan apa, tidak mahu menyusahkan orang lain. Kita kena fikir, orang lain pun ada keluarga sendiri. Mana nak urus anak-anak. Lebih yang ada anak kecil. Lagi kelam-kabut. Kalau kita mesti terasa bila orang lain tidak faham situasi yang kita sedang hadapi. Betapa memberatnya untuk dilalui tetapi macam mana pun harus ditempuh selagi tidak menyusahkan orang lain. Orang yang tidak tinggal berjauhan dengan suami, mungkin tidak akan faham. 

Itu contoh yang paling dekat.
Kisah aku.

Contoh kedua, bila mana wujudnya hubungan ketiga dalam sesebuah hubungan. Senang ayatnya, skandal. Aku memang tidak boleh nak hadam bila perempuan yang kedua itu boleh bajet-bajet dia yang menjadi dambaan.

Kalau anak dara, aku boleh cuba-cuba hadamkan walaupun tersekat-sekat di anak tekak. Tetapi bila perempuan itu masih berstatus sebagai isteri orang, di mana letaknya maruah diri?

Selagi kita tidak berada di tempat perempuan yang dianiaya atau teraniaya, kita memang tidak akan tahu perasaan itu. Memang kita boleh ketawakan perempuan itu sebab suaminya tergila-gilakan perempuan lain.

Kita suka.
Siapa yang tidak suka?
Walaupun sudah kahwin tetapi masih ada lelaki yang mengejar atau tergila-gilakan.

Samada lelaki itu misteri atau perempuan itu pun turut sama misteri. Punya suami tetapi masih boleh memuja lelaki lain.

Andai satu hari kita pula diuji sebegitu, rezeki kita untuk berjumpa dengan manusia sebegitu barulah kita tahu langit itu tinggi atau rendah.

Hari ini kita suka sebab kenakan orang. Esok lusa, hari kita yang datang belum tahu bagaimana. Mungkin lagi teruk situasi yang kita pernah buat orang lain dulu. Kalau tidak kena pada kita, mungkin pada keturunan kita. Wallualam.

Semoga kita sentiasa diterapkan sifat empati dalam diri. Sifat empati ini memang perlu dalam hubungan kita dengan orang lain. Cuba letakkan diri kita dalam situasi orang berkenaan!

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



No comments: