Wednesday, April 19, 2017

Menanti Kemunculan Tribunal Cinta

Assalamualaikum dan salam sehati. Bismillah.

Selamat pagi semua. Semoga semuanya berada dalam keadaan baik-baik saja. Alhamdulillah, urusan aku pagi ini berjalan lancar. Keluar rumah jam 6.40 pagi. Sampai sekolah jam 7.00 pagi. Dak Kakak sarapan dalam kereta. Kasihan. Tapi terpaksalah lalui situasi macam ini. Harap anak-anak faham. Semua mengejar masa. Nak sampai sekolah cepat, nak sampai office cepat.

Pagi ini, Dak Adik moodnya baik. Dah dua hari dia baik saja. Kalau tidak asyiklah menangis bila masuk kelas. Mama pun jadi serabut. Dua hari ini dia ceria, mama pun ceria. Alhamdulillah.

Kembali pada tajuk. Antologi pertama aku yang dalam proses untuk diterbitkan. Hati sudah berbunga. Tidak sabar sebenarnya. Maklumlah, pertama kali. Terujanya lain macam. Alhamdulillah, diberi peluang untuk meluaskan pengalaman menulis. 

Inilah team Tribunal Cinta yang membariskan serai 18 orang penulis. Semuanya sudah berpengalaman. Hanya aku sorang yang baharu. Tidak sangka diberi peluang dan ruang untuk bersama antologi ini. Terharu. Sob sob sob...

InsyaAllah, bila buku ini sudah diterbitkan aku akan beritahu. Sekarang dalam proses oleh penerbit. Hanya menunggu aje. Dalam antologi ini, masing-masing menghadilkan sebuah cerpen dan juga sajak.

Karya aku, cerpen bertajuk 'Bayangan Cinta' dan sajak bertajuk 'Luahan Cinta'. Semoga dipermudahkan ilham yang dipinjamkan olehNya. Ini adalah cerpen kedua yang terbit selepas cerpen 'Setulus Kasih' yang keluar di Majalah Mingguan Wanita.

Ini sahaja perkongsian untuk pagi ini. Aku cuma mahu berkongsi berita gembira ini dengan sesiapa yang singgah di blog ini. Doakan agar aku akan menyusul dengan nukilan yang lain. Inilah namanya minat yang terlewat. Hehehe...

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

No comments: