Friday, April 14, 2017

Dulunya Rapat

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat petang semua. Entri kali ini aku ingin kongsikan berkaitan sebuah perhubungan. Perhubungan kali ini menyentuh perihal perhubungan dalam sebuah persahabatan. Pastinya, semua orang punya sahabat. Sahabat zaman sekolah, sahabat zaman belajar dan sahabat zaman bekerja. Sahabat dan kawan itu istilahnya membawa maksud yang berbeza.

Kawan itu memang ramai.

Tapi, sahabat itu yang terpilih dan dipilih.

Setuju?

Sahabat.

Seseorang yang kita boleh kongsikan segala suka duka bersama. Paling mudahnya untuk ditafsirkan adalah seseorang yang boleh simpan segala rahsia kita dan ada ketika waktu susah dan senang. Bukan senang nak punya sahabat seperti ini.

Tetapi dalam persahabatan ini akan timbul pasang surutnya. Ada sahabat yang datang dan ada juga sahabat yang akan pergi. Kadang, persahabatan itu terputus disebabkan kehadiran orang lain. Mungkin. Ada juga yang pernah terjadi. Adakalanya, sebuah persahabatan itu terputus dek komitmen pada yang lain. Mungkin juga pada jarak. Tetapi itu bukan alasan untuk memutuskan silaturrahim persahabatan.

Zaman sekarang dengan teknologi yang serba canggih, kita sudah boleh berhubung dengan bermacam cara. Semalam, sahabat aku masa aku belajar di Politeknik Ungku Omar hantar voice message menerusi aplikasi whatsapp. Malas nak taip panjang-panjang kita hantar terus suara. Aku ni perangai menyampah pulak nak dengar suara sendiri. Hehe. Kadang layankan juga.

Rindu dengan sahabat.

Ada masanya, kita perlu kenangkan segala memori bersama untuk menghilangkan perasaan rindu itu. Dulunya rapat, kini terurai. Kita seperti orang asing. Itu normal. Usah bersedih. Mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya. Hati manusia itu boleh berubah bila-bila masa. Kalau dulu, kita yang dicari, kini tidak lagi.

Ada juga satu kisah dalam persahabatan. Persahabatan itu terlerai akibat daripada tidak boleh menerima teguran sahabatanya ketika dia berbuat jahat. Dia sanggup putus kawan daripada menerima teguran sahabatnya. Manusia bermacam-macam ragam.

Hargai sahabat yang ada di depan mata. Jangan dikenangkan sahabat yang sudah berlalu pergi. Semoga kita akan menjadi seorang sahabat yang baik.

'Perlakukan sahabatmu layaknya kerabatmu yang dekat.'

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: