Wednesday, April 5, 2017

Rutin Yang Memenatkan

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Jam di dinding terus berdetak. Hah, dah macam lagu Ayda Jebat. Jarum jam sudah menunjukkan ke angka 11.45 malam. Aku baru dapat berbaring di atas tilam. Nikmat sekali. Allahuakbar.

Letihnya usah dicakap mahupun dikira. Memang sudah tidak mampu dizahirkan dengan kata-kata. Beberapa malam, memang niat di hati mahu menulis. Namun apakan daya, kerajinan dalam diri tiada. Jadi, akhirnya niat itu mati begitu saja dalam diri.

Bulan lepas, aku dapat tulis sebuah cerpen hingga tamat dan sedang menunggu sesuatu sebenarnya. Sudah mendapat maklumbalas. Jadi sabar menunggu untuk diri sendiri.

Hampir setiap hari masa sangat-sangat terhad. Adakalanya merungut sebab terkejar-kejar. Memang havoc sangat survive dengan anak-anak. Siapa yang pernah berada dalam situasi begini pasti akan faham.

Yelah, siapa yang tak penat? 
Semua orang mesti penat dengan rutin-rutin harian dan tugas hakiki. Itu memang tidak boleh disangkalkan.

Sekarang, aku buat kerja rumah mana yang penting dulu. Kalau nak hadap semua memang mengengsotlah kau nanti. Hehe.

Adakalanya keletihan itu yang tidak boleh dibendung-bendung. Pergi kerja pun dah rasa tak semenggah. Sungguh. Dulu aku rajin jugak nak melilit shawl bagai. Tapi sekarang malas. Pakai ajelah bawal. Melilit bagai nak rak jam berapa nak keluar rumah pulak. Kalau keluar lambat, jalan sesak. Kalau jalan sesak pastinya akan tiba sekolah lambat. Aku akan seharian kemurungan kalau anak aku kena tulis nama sebab sampai lewat. Itu perangai aku.

Ada sekali dua jugak pernah melalui situasi begitu. Serius, tak suka! Jadi kenalah kami keluar awal dari rumah. Matahari belum menampakkan dirinya, aku dan anak-anak sudah berlibur di atas jalan. Begitulah.

Adakalanya kepenatan itu menjadi-jadi bila diri stres. Macam aku yang bekerja. Sudahlah terkejar-kejar urusan di rumah, di pejabat pula bermacam ragam manusia. Ko rasa?

Pastilah stres kan. Aku kalau mendapat sindrom tu pastinya aku kuat makan. Ada masa-masa, bila penat rasa nak menangis aje. Emo yang amat. Aku menangis. Waktu-waktu aku menangis adalah usai solat. 

Begitulah serba-sedikit titipan malam ini. Ini bukan satu rungutan tapi sekadar berkongsi tentang diri. Zaman sekarang jangan kau salah sikit, nanti kena kecam. Hihi.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: