Wednesday, April 12, 2017

Resahku Sirna

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Hai semua.

Selamat petang. Sudah beberapa hari tidak mencoretkan sesuatu di sini. Ceritanya banyak malah ada beberapa entri berdraf yang sudah makan bulan. Entah bila mahu dicoretkan entri tersebut aku sendiri kurang pasti. Jangan duduknya di draf sampai bila-bila sudahlah. Aku akan cuba juga coretkan entri itu sebab kebanykkannya adalah kenangan buat diri ini.

Beberapa hari lepas, aku dirundung resah. Serba tak kena, Diri tidak keruan sampai aku tidak ada mood untuk menulis di sini. Lebih membawa diri ke arah melayan perasaan. Teruk sangat perangai aku ni. Dari mahu melakukan rawatan hinggalah sesi menunggu keputusan makmal keluar.

Sehari sebelum mahu melakukan pemeriksaan, hati sudah tidak keruan. Otak suka fikir yang bukan-bukan. Walhal sudah ditepis-tepis agar tidak diganggu dengan perasaan sebegitu namun adakalanya aku tewas. Pada mulanya aku lakukan pemeriksaan bersama dua orang kawan. Mereka lepas, aku yang tidak lepas atas faktor kesihatan. Jadi aku perlu datang lagi setelah keadaan diri baik.

Setelah beberapa hari dengan pelbagai perasaan yang meresap dalam diri, semalam aku sudah perolehi keputusannya. Setelah menunggu panggilan daripada klinik yang tidak kunjung tiba, aku menunjukkan diri ke klinik. Rupanya laporan makmal baru sahaja sampai. Sudahlah risau sebab beberapa perkara sewaktu pemeriksaan dilakukan, report pula lambat.

Bertambah-tambah resah dibuatnya. Jenuh laki aku nak melayan resah aku. Serius, aku memang takut sebenarnya. Dalam kepala sudah fikir macam-macam. Alhamdulillah, setelah beberapa hari bersabar dan berdoa semuanya dipermudahkan.

Syukur sangat-sangat tidak ada apa-apa. Sempatlah jumpa doktor nak doktor terangkan serba-sedikit perihal yang ditulis dalam report. Sejak usia menginjak ke angka 30-an, timbul kesedaran mahu lakukan pemeriksaan diri. Tahun depan ulang lagi kerana semua wanita wajib melakukan pemeriksaan itu. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: