Tuesday, June 7, 2016

Ramadhan Kali Ini

Salam.

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua pembaca blog saya. Hari ini kita sudah masuk hari kedua dalam bulan Ramadhan. Saya sudah mula bekerja memandangkan semalam adalah cuti umum bagi Melaka sempena Awal Ramadhan.

Nikmat sekali semalam. Boleh rilek-rilek. Masak pun siap awal. Ada masa bergolek-golek sekejap sesudah siapkan segala keperluan. Semalam dapatlah berbuka empat beranak. Hari ini tinggal lah saya aje berbuka dengan anak-anak.

Ramadhan kali ini agak lain. Sebab saya dan suami tinggal berjauhan dan ada pun hujung minggu sahaja. Kalau diikutkan empat hari saya perlu berdikari sendiri. Tapi empat hari itu bagaikan terasa lamanya.

Tahun sudah saya masuk kerja pada bulan puasa 7.30 pagi. Sebab nak balik awal pukul 4.30 petang. Boleh masak, tak perlulah ke bazaar. Tahun ini saya cuba juga untuk masuk awal. Nasiblah cuti sekolah awal-awal Ramadhan ini. Untuk minggu pertama aku tak perlulah huru-harakan diri.

Borang pemilihan waktu peringkat (WP) bagi bulan Ramadhan telah pun diedarkan pada minggu lepas. Kakitangan awam dibenarkan pulang seawal jam 4.00 petang tapi waktu rehatnya disingkatkan selama setengah jam sahaja.

Saya pilih WP4. Masuk kerja pukul 7.30 pagi dan semangat mahu balik awal jam 4.00 petang. Teruja sangat untuk balik awal. Semangat nak memasak pun ada jugak. Tapi sebab saya dan Adriana aje yang ada dan berpuasa, saya cuma masak seringkas yang boleh. Sebenarnya dalam hati risau jugak takut saya tak boleh nak tepati masa. Yelah, bila anak-anak sudah sekolah mesti jalan pun jammed sana sini. Nak uruskan anak-anak lagi. Inilah cabaran untuk Ramadhan kali ini. Semoga dipermudahkan segala urusan saya sepanjang bulan Ramadhan ini. Amin. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,



2 comments:

Cho Zila said...

akak pun masak tak simple dan tak banyak./ sebab cuti sekolahkan budak2 nak gak pergi pasar ramadhan... jadi konon nak beli satu kuih nanti dah sampai mulalah merayu nak beli banyak lepastu dah berbuka kenyang airjer ... ragam anak2 kecik puasa macam2

Kakzakie Purvit said...

Jgn bimbang Fyda boleh punya dilakukan
Mungkin hari pertama sekolah naik cuti aje kalot sikit lepas tu dah ok dah boleh setting.