SUKA ENTRY DI SINI???

Wednesday, June 29, 2016

Kunjungan Tetamu Ke Teratak ApenIda

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi. Salam 24 Ramadan. Berbaki enam hari saja lagi. Terasa semakin sebak bila Ramadan bakal meninggalkan kita. Cukupkah ibadah yang kita dilakukan?

Sabtu lepas, aku ajak family aku berbuka di rumah. Setelah merancang dengan asben, kami pilih hari sabtu. Asben ada lagi. Boleh raikan birthday ayah yang jatuh pada ahadnya pula. Family sebelah aku tak ramai memandangkan aku hanya dua beradik.

Bila ada tetamu yang mahu berkunjung, yang memeningkan kepala adalah pasal menu. Fikir punya fikir akhirnya terciptalah beberapa menu yang sepenuhnya aku masak seorang diri. Selalu asben tolong tapi hari tu asben sibuk pergi hantar Adriana ke kelas taekwando dan servis kereta aku.

Pizza roti. Dari minggu lepas teringin nak buat. Jadi aku realisasikan sabtu tempoh hari.

Kerabu ayam. Stok perut sudah kehabisan jadi asben suruh letak ayam aje. Ayah dengan mak aku suka pula.

Pizza roti yang sudah siap dibakar.

Menu yang telah dihidang. Selain kerabu ayam, aku masak tomyam campur dan kari daging. Bila makan beramai-ramai kenalah duduk di bawah.

Mak serta ayah aku bersama cucu-cucu. Yang dua orang cucu lagi entah ke mans membawa diri.๐Ÿ˜

Kek untuk ayah aku. Aku panggil ayah aku 'mama'. Dalam masyarakat bawean ada yang panggil ayahnya begini termasuklah aku. Sedap pula kek ni.

Ayah potong kek sambil didendangkan lagu 'Happy Birthday' oleh cucu-cucumya. Seronok si cucu-cucu bila tengok atok potong kek. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

adianiez AIDA said...

moga abah fida terus sihat dan gembira di samping anak menantu dan cucu ye.
semakin cantik umah fida :)
ari tu gi umah member depan umah fida tu.
landmark nyer umah fida. tak jumpa plak carik umah fida tau hu hu hu...
aida da tak kenal, rupanyer gate da baru ekk :) hi hi hi....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart