SUKA ENTRY DI SINI???

Thursday, June 9, 2016

Meraikan Bersama BFF

Salam.

Selamat petang semua. Entri ini seperti biasa scheduled entri. Waktu-waktu begini sedang sibuk di dapur menyiapkan juadah berbuka. Mana ada masa mahu berblogging.

Khamis lepas tanggal 2 Jun 2016 adalah ulangtahun kelahiran aku. Tak ada sambutan apa-apa pun. Aku pun tak cuti, asben pun tak cuti. Dah tua nak sambut apa lagi. Jadi bergembiralah di hari berbahagia dengan melangkah ke kerja. Hehehe...

Tengahari tu sempena meraikan ulangtahun kelahiran diri sendiri aku ajak si Mira Mokhtar makan tengahari di tempat yang istimewa sikit.

Tersenyum kawan dengan menu pilihannya.

Spageti bolognaise.

Minumannya yang dah aku lupa namanya.

Ini pula menu pilihanku. 

Ini minumanku. Tak silap apple kasturi rasanya.

Gambar bersama mestilah kena ada. Muka kawan tu macam terpaksa senyum. Sebabnya sebelah pagi tu dia memang gembira bagi ucapan kat aku. Tapi bila aku dapat panggilan daripada seseorang dan aku khabarkan berita itu padanya mulalah mood sendu. Hahaha...Nanti aku ceritakan kisah apa yang berlaku pada aku sempena hari lahir aku minggu lepas. Aku pun masa dapat panggilan memanglah happy gile!Dah happy pastu gile pulak!Konpius. Tapi happy gile tu tak lama bila aku terpaksa menolak.๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“

Nantilah kalau ada masa aku tulis entri. Bersambung lagi di lain masa. Selamat berbuka semua! 

Salam pena,


1 comment:

Hanisah Mat Azit said...

selamat hari lahir.... tak ajak pun... huhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart