SUKA ENTRY DI SINI???

Wednesday, June 8, 2016

Titipan Sepanjang Dua Hari Berpuasa

Salam.

Selamat malam. Malam ni datang mood nak update blog. Fresh from the oven. Bukan entri scheduled. Ini pun tulis guna telefon bimbit. Berapa jenuh aku nak menaip guna hp kan.

Sesekali bolehlah.

Alhamdulillah, selesai jugak dua hari berpuasa. Masih dalam keadaan terkawal dalam dua hari ini. Aku boleh jangka minggu ni masih boleh dikawal sebab cuti sekolah lagi. Minggu depan tak tahulah macam mana keadaannya.

Sekadar perkongsian. Ini menu berbuka Ramadhan yang pertama. Asben ada lagi semangat masaknya lain macam.

Ini menu berbuka Ramadhan yang kedua. Aku lari pergi rumah emak. Berbuka dengan anak-anak nanti bersendu tiga beranak. Hehehe. Berbuka rumah mak riuhlah sikit kan. Gitulah perjalanan dua hari berpuasa ini. Masih berbaki 28 hari. Semoga dipermudahkan segala urusan ibadah kita. Amin...

Sekian dan wassalam.

p/s : Entri sebelum ini bersaya, pas tu ber 'aku' balik. Sengal ke tak sengal?Hehe...



1 comment:

Mizz ErMa said...

Tu la, sy pulak setakat 2 hari sebelum nie under control lagi..sekali pagi td kitorang laki bini x sedar langsung bersahur.. =.='

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart