SUKA ENTRY DI SINI???

Sunday, August 23, 2015

Sehari Sebelum Mula Kerja

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Masih lagi peringkat mahu menghabiskan cerita-cerita basi. tak bercerita di sini dirasakan sayang pula. Akan datang boleh dijadikan kenangan. Kadang aku sendiri baca apa yang aku tulis. Jadinya titipan ini buat tatapan diri sendiri. Orang lain yang baca sudah dikira bersyukur kerana ada yang sudi singgah di sini.

Ini kisah sehari sebelum aku dan suami mula bekerja. Kali ini kami cuti lama juga dan kami dapat cuti bersama-sama. Inilah masanya. Jadi hari itu kami hanya pusing-pusing bandar Melaka. Tahun ini agak kurang berjalan ke rumah orang. Pergi yang penting-penting aje. Kalau tahun lepas merata juga kami beraya. Pusing-pusing bandar Melaka kami singgah di Kampung Jawa.

Pekena rojak.

Pekena cendol.

Selesai makan kami ke Aeon Bandaraya.

Anak-anak ajak singgah tempat mainan.

Layankan ajelah budak berdua ni.

Kemudian dekat nak sampai rumah singgah dulu kedai gunting rambut. Berhadapan taman kita orang je kedai ni. Rambut Ammar sudah panjang. Sebelum raya tak sempat nak bawa ke kedai. Selesai semuanya kami pun pulang dan bersiap keperluan untuk mula bekerja esoknya.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart