Friday, August 7, 2015

Catatan 10 Ramadhan : Keluarga Berbuka Puasa Di Rumah

Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat malam semua. Hampir ke tengah malam. Siang tadi cuti kecemasan sebab ada kematian. Nanti aku ceritakan di entri yang lain.  Masih lagi dalam mood terkejut. Nak cerita kisah 10 Ramadhan iaitu sabtu lepas. 

Aku dan suami ajak family aku berbuka di rumah. Family sebelah mertua sabtu lagi satu. Kena ajak secara berperingkat memandangkan aku sensorang yang bersilat di dapur. Nasiblah ada pembantu kan potong-potong bawang, potong-potong sayur. Itu memang part laki den. Aku kalau bab potong-memotong makan masa. Sebab selebihnya aku lebih berangan. Huhuhu...

Jadi menu aku sabtu lepas adalah nasi tomato, ayam masak merah, kari daging dan jelatah. Laki aku dah terror buat jelatah. Dah berapa kali aku ajar dia buat dan hari tu dia buat sendiri. Pejam mata je. Hahaha...Kemudian adik ipar aku aka mak buyung bawak puding triffle.

Inilah menu kami. 

Sewaktu berbuka. Anak-anak duduk bawah. Mak ayah aku duduk makan kat meja.

Beria budak tiga orang tu mengadap makanan. Itu saja catatan ringkas aku untuk ramadhan ini. Biarlah dijadikan kenangan masa hadapan. Sekian dan wassalam...

Salam pena,



No comments: