SUKA ENTRY DI SINI???

Thursday, August 6, 2015

Jangan Biar Diperbodohkan

Assalam
Sungguh ni, apalah guna hidup dengan serba kekayaan kalau diri kita dipermainkan oleh orang ramai? Masing-masing buat lawak jenaka, seronok merendah-rendahkan kita seolah-olah kita dah tak bermaruah lagi! Tapi hakikatnya memang kita kelihatan seperti tak bermaruah dan tak punyai harga diri kerana kita biarkan diri kita dilihat begitu. Kita cuba perbodohkan orang, akhirnya kitalah kelihatan seperti orang bodoh! Nauzubillah min zalik.


Dalam hidup, kita perlu berjaga-jaga, jangan sampai kita tak tahu untuk berdepan dengan krisis kehidupan. Walhasil, tukang ambil kesempatan memang ramai, tetapi bila kita jatuh, semua akan lari pergi jauh-jauh!Kalau kita nak hidup aman, kita jangan perbodohkan orang di sekeliling kita, kerana perbuatan itu akan akhirnya memakan diri sendiri. 

Kalau kita nak menipu, kita juga kena berjaga-jaga kerana perbuatan itu adalah perbuatan orang munafik! Allah tak suka pada kaki tipu, apatah lagi kita menipu orang yang percayai pada diri kita. Namanya 'khianat' dan kalau kita khianat pada orang yang menjadi penyokong besar kita, maka ke neraka jahanamlah kita pergi nanti. Nauzubillah min zalik. 


Berjaga-jaga jangan sampai orang yang dekat dengan kita tak mahu percaya kita lagi. Jangan biarkan orang terdekat hidup dengan trauma kerana tak mahu percaya anda lagi!


Jangan jadi pengkhianat. Kalau nak perbodohkan orang, pastikan akhirnya nanti anda sanggup bila orang mula perbodohkan anda pula. Nauzubillah.

Semoga Allah swt memberi kekuatan dan kesabaran buat kita, insyaa-Allah, untuk berdepan dengan segala musibah yang datang ini.

Wassalam.


Sumber : Blog Kak Aina Emir

Salam pena,





1 comment:

AMIIZAA said...

takutnya.....masih ada lagi org mcm ni yg tak amanah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart