SUKA ENTRY DI SINI???

Thursday, January 1, 2015

~Entri Pertama 2015~

Teks : Fyda Adim
Foto : Textgram

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat malam semua. Entri pembuka untuk tahun baru 2015. Hampir mahu habis pun hari pertama tahun baru ini. Seharian duduk di rumah sahaja melaksanakan kerja-kerja rumah.

Dengan memasuki tahun baru makanya bertambahlah juga usiaku. Sudah semakin tua. Laki aku memang dah terasa tua. Haha...

Kami laki bini umur pun sudah memasuki angka 30an. Moga tahun baru ini dengan usia yang bertambah biarlah amalan juga bertambah seiring dengan usia kerana ajal menjemput tidak kira waktu.

Azam aku pada tahun ini mahu merealisasikan azam yang belum tercapai. Aku nak isikan masa-masa senggang dengan hobi yabg berfaedah.

Sebagai seorang isteri, mahu menjadi isteri yang solehah. Dengar cakap suami sebab aku ni kira keras kepala jugak. Nak buat apa yang suami suka. Mampu?

Sebagai mama, nak lebih sayangkan anak-anak sepenuh hati. Tak nak marah anak-anak. Lebih-lebih nana. Dia selalu menjadi mangsa. Tempat melepaskan geram dan marahku.

Sebagai anak, mahu menjadi anak yang sentiasa berbuat baik pada orang tua.

Sebagai pekerja pangkat kakak kerani, mahu menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap tugas yang diberi. Nak bersangka baik dengan bos. Kadang terasa dia ni perli aku ke hape? Kena tepis sikap buruk tu.

Untuk diri sendiri, mahu sayang diri sendiri. Hihihi...moga cita-cita yang sedang dipulunkan akan tercapai. Biarlah dipermudahkan. Masih lagi mahu bergelar blogger. Rajinkan diri untuk menulis.

Akhir kata, moga sentiasa ada sinar kebahagiaan pada diriku dan juga keluarga. Semoga aku dan suami dapat menjalankan tanggungjawab untuk keluarga kami.

Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,



1 comment:

ayu Ismail said...

in sha Allah azam berjaya..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart