SUKA ENTRY DI SINI???

Tuesday, January 6, 2015

~Resepi Telur Bistik~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang. Selamat menyambung bekerja. Perut juga sudah kekenyangan. Tengahari tadi perutku hanya diisikan dengan nasi goreng. Hari ini cuma masak nasi goreng je sebab nak habiskan bunga kantan. Sedap sekali bila bunga kantan dimasak bersama nasi goreng. Semerbak baunya.

Semalam aku bawak bekal nasi bersama hidangan lain. Salah satunya adalah telur bistik. Permintaan asben. Aku pernah dengar tapi tak pernah pun masaknya. Maka seperti biasa harus guna khidmat encik google. Bermacam-macam versi yang ada. Pilih saja. Seperti biasa aku guna resepi yang mudah dan ringkas. Jadi dalam pada mencari aku tertarik dengan resepi Mat Gebu.

Mari kita tengok resepinya.

RESEPI TELUR BISTIK
Sumber : Blog DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)

1/3 cawan daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halus
5 biji cili padi, cincang halus
1/4  cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos cili
1/2 kiub pati daging lembu
Sedikit air
Sedikit sos ikan ( aku tak guna)
Cili merah, buang biji dan dadu kecil, untuk hiasan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan (mat guna parsley)
3 telur, dipukul sedikit
1 camca besar mayonnaise
Sedikit serbuk lada hitam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan mintak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan halia hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tambah kiub daging (jika guna), dan juga daging cincang. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak sekejap. 
  2. Masuk sos cili dan sos tomato, kacau rata masak dengan api kecil hingga pekat. Tambah mix vege, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika kurang masin, renjis dengan sedikit sos ikan. Gaul rata dan matikan api. Ketepikan.
  3. Satukan telur dengan mayonnaise dan serbuk lada hitam. Kacau rata dengan whisk. Panaskan non-stick pan bersaiz 8 atau 9 inci dengan sedikit minyak. Kemudian anda goreng dadar telur tadi hingga masak dan keemasan. Alih ke dalam pinggan sesuai.
  4. Tuang no. 2 atas telur dadar tadi dan ratakan. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah yang didadu kecil tadi. Hidangkan segera bersama nasi hangat.
Itu sahaja entrinya. Bersambung lagi di entri yang lain. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,


2 comments:

Mar Mansor said...

suka menu ni

GREENJADE said...

wahh terjumpa menu awak ni..blk nk try lah...tq tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart