Thursday, January 8, 2015

~Kisah Hari Minggu~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Baru mempunyai ruang masa untuk menitipkan sesuatu di blog ini. Kali ini dah bercerita mengenai kisah hari ahad lepas. Memandangkan anak-anak serta asben sekarang kemaruk berenang, jadi sebelah petangnya usai makan tengahari kami bersiap-siap.

Dalam jam 4 petang kami emapat beranak keluar. Menuju ke Banda Hilir di mana terletaknya Kolam Renang MBMB. Sesi sebelah petang dari jam 4.30 hingga 6.00 petang.

Nampak tak mamat berbaju kuning tu. Ammar tu penakut sikit. Rasa-rasa air dengan kaki.

Mama datang dekat baru dia mahu mandi. Kemudian ajak aku sekali berenang. Kebetulan aku memang ada bawak baju. Apa lagi. Anak dah ajak kan. Jadi aku pun salinlah baju untuk berenang. Tak ada maknalah nak berenang sangat. Setakat teman anak terunaku.

Selepas selesai di kolam MBMB, kami singgah di kedai mamak. Mengisi perut. Kehausan dan kelaparan.

Kemudian sebelah malam tengok rancangan Gegar Vaganza. Tak pernah tengok pun sebelum ni masa akhir barulah dapat tengok. Itu sahaja entri pendek petang ini. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,



No comments: