SUKA ENTRY DI SINI???

Sunday, January 11, 2015

~Persiapan Persekolahan Anak-anak~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi ahad. Salam hujung minggu. Seperti biasa hari bersantai-santai di rumah. Mahu siapkan segala keperluan untuk esok memandangkan esok sekolah pun telah dibuka. Esok aku dan asben cuti. Perasaan teruja menerpa dalam diri. Semangat mahu menghantar Nana darjah 1 manakala Ammar pula ke tadika.

Segala keperluan sekolah semuanya telah siap awal. Dari pakaian sekolah hinggalah ke peralatan tulis semuanya telah dibeli. Beli sekadar yang diperlukan mengikut kemampuan.

Cik kak ni beria pujuk aku belikan dia pensil tekan. Tak tahu berapa lama bertahan pensil tekan tu.

Adik pun pilih sendiri pensel box dia.

Peralatan tulis untuk dua orang anak. Beli lebih sebab hari pertama balik mesti ada yang hilang.

Baju sekolah Nana. Dua pasang pinafore dan sepasang baju kurung.

Buku teks.

Bekas air dan makanan untuk Nana dan Ammar. Mama akan bekalkan korang makanan dari rumah. Jadi aku kena bangun awal setiap hari. Huhuhu. Chaiyok mama!

Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,



1 comment:

adianiez AIDA said...

selamat buat sarapan :)
aida akan sambung aje usaha tu.
tupperware baru utk 2 dara tu da beli utk bekas makanan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart