Tuesday, January 27, 2015

~Bengkel HRMIS Anjuran JKMN~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang semua. Pagi tadi aku tak masuk office, tengahari baru masuk. Pagi tadi aku menghadiri bengkel. Bukan ke bengkel kereta ye. Menghadiri bengkel HRMIS yang diadakan di Blok Laksamana Seri Negeri anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka. Pendaftaran jam 8.30 pagi. Aku ke sana bersama officemate naik satu kereta.

Jadi setengah hari di sana mempelajari modul-modul yang terlibat dalam HRMIS. Pengurusan cuti, profil perkhidmatan dan juga sewaktu dengannya. Bagi yang biasa menggunakan sistem ini, pasti tahu bukan? Ada masa kadang sistem ok, kadang tak ok. Sabar jelah.

Dapat salinan panduan untuk menggunakan HRMIS.

Lama-lama mata pun berpinar. Huhuhu...

 Sebahagian rakan-rakan yang membincangkan isu HRMIS.

 Berbaju biru itu fasilitator. Dia gigih menerangkan kepada kita orang,

 Tekun masing-masing. Aku sempat snap gambar mereka.

Inilah suasana di dalam bilik ICT di Seri Negeri. Jam 1 tengahari masing-masing meninggalkan bilik tersebut. Mungkin akan ada sambungan untuk bengkel ini. Aku sudah dapat satu hari berkursus. Gigih nak kursus dalam Melaka aje. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,



No comments: