Friday, January 9, 2015

~Jaga Hati Orang Lain~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Salam jumaat yang penuh barakah. Hujan menyimbah bumi Melaka sejak semalam. Kerisauan menghantui diri bila hujan panjang begini. Hujan itu rahmat. Namun risau melanda juga diri ini. Takut rumah mak banjir. Semoga semuanya baik-baik dan berada dalam keadaan terkawal.

Sebut soal hati, memang payah nak diperjelaskan. Bukan senang mahu menjaga hati semua orang. Bukan sennag nak puaskan hati semua orang. Tetapi jika kita berusaha menjaga hati orang, insyaAllah hati kita juga dijaga. Kita manusia yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Adakalanya kita sudah sehabis baik melakukan untuk menjaga hati seseorang namun masih lagi belum sampai memuaskan hati seseorang. Lumrah kehidupan. Begitu juga dengan kita. Mungkin orang itu telah berusaha untuk menjaga hati kita tetapi kita masih lagi rasa hati ini tidak dijaga.

Muhasabah untuk diri sendiri. Jangan mengeluh. Adakalanya kita tak puas hati bila orang tak pandai jaga hati kita namun harus dilihat pada diri sendiri terlebih dahulu. Berharap agar diri ini tidak menyakiti sesiapa. InsyaAllah..Kerana aku manusia...

Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,



No comments: