Tuesday, January 6, 2015

~Sambutan Maulidur Rasul Di Melaka~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Sabtu lepas adalah sambutan Maulidur Rasul. Masih belum terlambat aku titipkan di sini. Salam Maulidur Rasul buat pembaca blog ini.

Sabda Rasulullah s.a.w :"Sesungguhnya orang yang paling banyak dekat denganku pada hari Kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku”[Al-Nasai & Ibn Hibban]

Tahun ini asben aku menyertai perarakan Maulidur Rasul bagi Kontinjen Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Negeri Melaka. Jadinya awal pagi lagi kami empat beranak bersiap-siap sebab nak menghantar asben. 

Turunkan asben di Kuarters Kastam Bukit Baru. Bas sudah pun menunggu. Kemudian aku ke rumah mak. Nak ke Masjid Al-Azim terlalu awal dengan anak-anak. Dalam 8.45 pagi tumpang adik aku sampai di Masjid Al-Azim. Adik aku mahu ke pasar bersama mak.

Sampai masjid, bawak anak-anak makan terlebih dahulu. Masing-masing kelaparan. Order mee sup sahaja.

Usai makan, kita orang lintas jalan mencari tempat yang strategik untuk melabuhkan jasad. Masing-masing sudah tidak keruan kerana terlalu lama menunggu. Aku sendiri pun dah rasa semacam apa lagi anak-anak.

Perarakan dari Stadium Kubu ke Masjid Al-Azim sudah sampai.

Bersungguh anak-anak aku menengok. Masa ni dia orang masih dalam keadaan terkawal.

Ini team pejabat aku. Kontinjen Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka.

Masa ni Ammar sudah nampak semacam. Sudah mula merengek nak susu. Kemudian masing-masing dah menunjukkan air muka kebosanan. Kelibat yang ditunggu-tunggu masih lagi belum kelihatan.

Aku suruh anak-anak duduk. Waktu ini mentari sudah mula menampakkan diri. Jadi emaklah menjadi pelindung untuk anak-anak. Nampak kaki maknya itu? Hehehe...Lambat sungguh nak tunggu asben. Mana tidaknya nombor 70.

Akhirnya, muncul juga kontinjen yang ditunggu-tunggu. Nampak tu abang jebat aku yang berjalan belakang lelaki berbaju melayu hijau. Go abang! Go! Go sangat. Aku waktu ini dah jadi badang sebab sedang mendukung Ammar. Gambar ni pun anak dara aku yang snap. Nasib ada dia. Selesai semuanya janji dengan asben tunggu di mana.

Kemudian kami empat beranak berjalan balik ke rumah dari Masjid Al-Azim. Nasiblah tak berapa jauh sangat rumah emak. Walaupun aku tak berarak tapi letih mengalahkan orang berarak hari tu. Itu sahaja titipan pagi ini. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,






1 comment:

adianiez AIDA said...

go apen go...
da lama x jumpa apen :)