Thursday, May 8, 2014

~Makan Yong Tau Fu Dan Menonton Wayang~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Selamat petang semua.  Entri ketiga menyusul untuk hari ini.  Rehat tadi dapatlah melelapkan mata beberapa minit.  Semalam aku cuti.  Ada urusan dengan asben dan berdating! Datinglah sangat.  Sesekali keluar tanpa anak-anak.  Adriana sekolah, ammar di rumah neneknya.  Asben offday balik dari kerja malam.  Sejurus menghantar adriana ke sekolah kita orang bersarapan bersama tapi menaiki kereta yang berlainan.  Makan capati di hadapan Hotel King's.  Usai sarapan balik rumah.  Aku mendobi baju.  Asben meracun rumput di luar.  Kemudian dia tidur kejap.

Lepas zohor kita orang keluar.  Makan tengahari dulu.  Asben janji nak bawa makan Yong Tau Fu.  Dia sudah pernah makan dulu.  Oleh sebab dia tahu kegemaranku, maka dibawaku pula ke sini.

Sebelah kiri itu aku punya.  Banyak kan? Tapi aku makan habis!

Coconutshake.  Sedap gila!  Satu untuk saya dan satu untuk dia.

Inilah kedai yang aku dan asben makan semalam.  Bagi orang Melaka kedai ini di Batu Berendam tempat pasar malam setiap hari ahad.  

Lepas makan terus ke Dataran Pahlawan.  Tengok wayang.  Tiket sudah ditempah melalui online.  Tengok cerita Spiderman 3D.

Suasana lengang petang semalam.

Cerita dah habis.  Laki den beria suruh snap gambar ni.

Kita orang keluar lagi sepuluh minit jam tujuh.  Hujan lebat diluar.  Terus balik rumah mak untuk menjemput anak-anak.  Dari rumah mak balik rumah mil kejap.  Lepas mil keluar hospital belum menjengahnya di rumah.  Sampai rumah mil masak nasi goreng.  Jam 11 balik rumah memandangkan hari ini masing-masing kerja dan bersekolah.  Itu sahaja ceritanya.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim


1 comment:

Siti said...

fyda!!! sedapnyo yong tau fuuuu

nikmatnye coconut shake!!!

aloh la..nok gi melaka la esok..kah kah kah~