Foto : Koleksi Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat petang semua. Selamat hari ahad. Selamat beristirehat bersama keluarga tersayang dan moga selamat semuanya. Hari ini empat haribulan adalah sebahagian tarikh yang menjadi ingatan di dalam diri. Kenangan yang manis. Nantilah akan diceritakan kalau punya kelapangan tentang tarikh hari ini. Entri pagi ini mahu bercerita tentang pertemuan aku bersama teman lama sewaktu kami sama-sama belajar di Politeknik Ungku Omar. Pertemuan yang dibuat pada hari jumaat lepas bertarikh 25 April 2014 di mana kebetulan kawan aku bercuti ke Melaka. Maka perjanjian dibuat.
Malam itu kami bawa teman aku itu yang bertudung ungu makan asam pedas di Pasar Borong. Orang Melaka pasti tahu di mana lokasinya.
Sebelum pulang sempat rakamkan gambar bersama. Lupa nak beritahu nama kawan aku Siti Hajar. Dia bahasakan dirinya Acu dan aku bahasakan diriku sebagai angah. Zaman belajar panggil macam adik beradik. Alongnya ada cuma dia low profile. Dari kedai makan hantar mereka pulang. Berkonvoi. Taklah mereka berposak mencari jalan pulang ke hotel. Itu sahaja ceritanya. Sekian dan wassalam.
Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim
No comments:
Post a Comment