SUKA ENTRY DI SINI???

Tuesday, May 6, 2014

~Melawat Ibu Mertua~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang semua.  Tadi kau orang makan apa? Makan tengahari ini aku ditaja seseorang.  Alhamdulillah rezeki untuk hari ini dan murah rezeki untuk 'orang' itu.  Jumaat lepas ibu mertuaku menjalani pembedahan di tangan.  Kesan daripada dia terjatuh di rumah tempohari.  Tangannya sakit dan tidak boleh diangkat.  Setelah dibuat pemeriksaan doktor mengatakan tisu di dalam koyak.  Macam itulah.  Aku bukan pakar perubatan.  Ngeee....

Doktor bagi dua pilihan untuk disuntik apa benda tah atau menjalani pembedahan.  Setelah ditimbal balik, akhirnya ibu mertuaku bersetuju untuk menjalani pembedahan.  Alhamdulillah telah pun selamat. Petang itu aku half day dan terus ke hospital di Mahkota Medical Centre.

Kemudian sabtunya ke hospital lagi.  Kali ini membawa anak-anak dan balik dari hospital bawa mereka jalan-jalan.

Ibu mertuaku sedang berbaring.  Amik gambar part ini saja.

Dari hospital melepak di Mahkota Parade.

Nana dan papa.  Waktu ni teman papa hisap rokok.  

Menyaksikan keindahan malam di luar Mahkota Parade yang diterangi lampu-lampu.  Itu sahaja ceritanya.  Ibu mertuaku sudah pun pulang ke rumah semalam.  Semoga cepat sembuh.  Itu sahaja ceritanya dan nanti akan aku ceritakan kisah tengahari tadi.  Sekian dan wassalam.

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart