Pages

Monday, May 12, 2014

~Berangan Jadi Surirumah~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Selamat petang.  Seronoknya bercuti.  Rupanya jadi surirumah lagi penat tetapi puas hati semua depan mata.  Siapa kata yang jadi surirumah tak penat.  Orang dah balik kerja yang duduk kat rumah kerja tak habis-habis.  Permulaan hari ini awal pagi tadi siapkan diri dan juga Nana yang bersekolah.  Bezanya tiada acara lari dalam rumah dan kerja dilakukan lebih santai.  Lontaran vokal pun kurang menyerlah.  Jika tidak memang sebaliknya kerana aku nak mengejar punch card.  Lambat je pasti merah! Pagi tadi betul tanpa tekanan.  Alangkah bagus kalau hari-hari begini.  Huh!

Asben kerja malam.  Jadi pagi ini aku dapatlah hantar Nana ke sekolah.  Hujan lebat pulak masa keluar rumah tadi.  Berposak tiga beranak tadi.  Bukan selalu dapat momen sebegini.

Budak ni awal sudah aku kejutkan.  Mandikan dia sekali dan hantar kakak ke sekolah.  Usai hantar Nana, hantar barang Nana di rumah mak sebab dia balik rumah mak.  Tengahari dia tuisyen.n aku dan Ammar bersarapan di Batu Berendam.  

Makan nasi lemak.  Asben dah tunggu di warong ni.

Lepas sarapan balik rumah.  Sidai baju.  Pukul 6 tadi aku dah mendobi baju-baju.  Selesai menyidai, mula masak sebab asben kerja petang.  Menu hari ini tomyam campur, daging masak merah dan telur dadar.  Nak amik Nana pula.  Kerja belum habis ni.  Balik nanti nak lipat baju pulak.  Itulah tugasan hari ini.  

Mahu menjadi surirumah sepenuh masa hanyalah angan-angan.  Kena bantu asben untuk menambahkan kewangan.  Bersyukurlah.  Tapi kalau diberi pilihan andai punya banyak wang memang mahu menjadi surirumah sepenuh masa.  Tumpuan boleh diberikan sepenuhnya pada keluarga.  Itu sahaja.  Sekian sahaja entri angan-anganku.  Tak salah berangan bukan kena bayar pun! Wassalam...

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim

1 comment:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ila tengah merasa dok umah..dah 10 bulan..fengsan tapi puas hati khairy dalam jagaan sendiri.. sampai bulan 4 tahun depan ila dok umah.. dekat setahun lebih jugakla dok umah :)