SUKA ENTRY DI SINI???

Sunday, May 11, 2014

~Bulan Penghargaan Buat Ibu Dan Guru~

Teks : Fyda Adim
Foro : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua.  Selamat pagi ahad.   Selamat berhujung minggu.  Baru berkesempatan menitip blig picisan aku pagi ini.  Semalam langsung tidak sempat dek kerana kesibukan dengan kerja rumah.  Seharian di dapur baking kek sambil buat kerja rumah.  Memang tak menang tangan.   Baru sahaja nak fokus kerja, anak teruna datang kepadaku.  "Ma, ammar yak."  Hilang fokus.  Tergendala.   Huh! Alhamdulillah selesai semua kerja.

Mei bulan penghargaan buat ibu dan guru.  Dua orang insan yang tidak ternilai pengorbanannya kepada kita.  Ibu yang banyak berkorban demi anak-anak manakala guru adalah insan yang mengajar kita daripada tidak mengenal huruf hingga dapat membaca.

Sekadar ucapan buat ibu-ibu di luar sana 'Selamat Hari Ibu'.  Ibu, umi, mama, mak, mummy dan apa jua panggilannya tetap bergelar ibu kalian adalah superwomen! Buat mak saya yang melahirkan saya, buat mak mertua saya yang melahirkan suami saya Selamat Hari Ibu.  

Dan tidak lupa buat guru-guru yang akan menyambut Hari Guru 16 Mei ini, Selamat Hari Guru.  Buat guru-guru saya dari tadika hingga ke Politeknik jasa guru-guru tetap dalam ingatan.  Itu sahaja entri untuk pagi ini.  Bersambung lagi.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart