SUKA ENTRY DI SINI???

Thursday, May 8, 2014

~Makan Tengahari Ditaja Di Pizza Hut~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Selamat tengahari semua.   Hari ini agak letih sebab berpuasa.  Mata mengantuk dek terkena penghawa dingin yang sejuk ni.  Menguap sudah hampir sepuluh kali ke atau lebih dari sepuluh kali.  Tunggu masa pukul 1 memang tidur ni.  Ini dah mengantuk tahap maksima.  

Nak cerita kisah makan tengahari selasa lalu yang di belanja seseorang.  Seramai 9 orang kesemuanya hari itu.  Makan di Pizza Hut.  Makan-makan sempena cc yang akan bersara bulan Jun ini dan orang yang belanja mahu menunaikan umrah.  Esok malam dia akan berangkat bersama keluarganya.

Sedang membuat pilihan menu.

Nampak Kak Nisah di pintu masuk.  Dia orang keluar lewat sikit.  Aku keluar awal sebab nak order makan.

Yang baju biru itulah yang menaja makan tengahari kami manakala tudung ungu tu Kak Rehan.  Dia sudah bersara bulan oktober tahun lepas.

Inilah yang ada hari tu.  Ada lagi sorang tak sampai lagi masa ni iaitu Encik Fadil.  Ada orang lama, yang pertengahan dan yang muda remaja.  

Bergilir dengan si Mira Mokhtar untuk ambil gambar.  

Ini pizza yang dipesan. Menu lain chicken wing, spageti, meatball, sup dll.

Masing-masing menikmati dengan seleranya.

Cc Noraini dan Kak Rehan.

Yo! Aku dan mira mokhtar.  Kami buddyz takkan terpisah.  Memang kenyang yang amat hari itu.  Makan pizza sorang 4 keping, sup, ayam sorang seketul, roti dan macam-macamlah.  Buat Hj. Gapal yang belanja kita orang semoga sentiasa dimurahkan rezeki.  Terima kasih banyak-banyak.  Selamat pergi dan pulang.  Doakan untuk kami yang berkirim doa dengan Hj.  Aku ada juga kirim doa pada dia.  Pengakhiran makan tengahari diakhiri dengan ucapan Hj Gapal.  Sebak!

Itu sahaja ceritanya.  Kenangan ini mana mungkin dapat diulang.  Tidak lama lagi kurang lagi kawan.  Cc pula yang akan meninggalkan kita orang.  Sekian dulu.  Wassalam...

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart