Tuesday, May 13, 2014

~Hari Cuti Sangat Menyeronokkan!~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua.  Selamat bercuti.  Bari ini cuti umum sempena Hari Wesak.  Cuti memang best dan yang tak bestnya esok sudah kerja.  Lemau dibuatnya.  Alangkah seronok kalau tidak perlu bekerja.  Macam entri semalam berangan mahu jadi surirumah sepenuh masa.  Uruskan rumah, anak-anak jagaan sendiri.  Mesti lebih puas hati.  Okeylah, tinggalkan kisah itu.  Kembali pada alam realiti.  Berpijak di bumi yang nyata.

Sedekah dan ikhlas.  Dua perkara yang perlu diselarikan.  Bila bersedekah pasti dimurahkan rezeki.  Aku setuju! Ada ganjaran bagi orang yang bersedekah.  Semoga kita sentiasa mengamalkan sifat bersedekah.  Insya-allah.  Itu sahaja.  Hari ini dapat bersantai-santai di rumah.  Kerja rumah banyak yang dapat diselesaikan tiga hari bertapa di rumah terutamanya sesi melipat baju.  Sekian dan wassalam.

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim

1 comment:

Our Story said...

cuti adalah heaven dunia.... hihihi....